Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
ADAT dalam perkahwinan berbaik, bergaduh dan kemudian, bermesra semula. Siapa yang inginkan pergaduhan berpanjangan namun kebiasaannya, berlaku sebaliknya. Perdamaian bersifat sementara, esok lusa bertengkar lagi. Sama ada sedang bercinta mahupun sudah mendirikan rumah tangga, pergaduhan sukar dielakkan kerana mungkin pasangan tidak mengetahui teknik tepat untuk berdamai.
Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan supaya mengelak daripada pergaduhan berterusan. Antaranya:
Jangan merajuk Sejak masih kanak-kanak, perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.
Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.
Jangan berdusta Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.
Jangan mencari salah Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.
Hentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan. Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.
Berbicara mengenai hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.
Senyum semula Menerusi pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.
Mulakan berdamai Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.
msalah nye saya x suke die ad adik angkat pempuan skang pun saya tgh gaduh ngan die...taw kan cm ne ad adik angkat lame2 ad prasaan syg sbb tu saya x suke...law sbb len saya x kisah saya leh wat ape yang penulis kate kan
sya dah lakukan ape yg penulis kte. sya dah cbe utk brdamai.. dia bkn suami sya tp shbt bek sya. sy sygkn dia n xnk khlgn dia..ske n duka kmi kgsi bersme..di pnh brkte bhwe sy adlh shbt sjti dia tp.. sya dah berusaha sedaya mgkn utk memujuk dia tp dia tdak mhu lnsg brkp dgn sy.. n lbh parah lg ble sya sdar yg sye cintakan dia.. tp sya xharap dia myintai sya, cme sy mhu brshbt dgn dia semula spt dulu..kmi sering bersme, blaja bersme2..pg kelas bersama.. mkn bersme..dia tlh byak membantu sy slme ini.. bsar sgtkh kslhn sya,sdgkn smua itu hye slh fhm.. bukankah tiada mnusia yg x pnh lpas dr kslpn...yg sye kesalkn ini adalh semester terakhr sye di university n semester inilah yg terakhr sy dpt bersme dgn dia..tp ini yg trjd..sy xmhu prgdh ini berlarutan n sy xnk dr seorg shbt mnjd seorag musuh...sye ykin suatu hri nti dia akn kmbli kpd sy tp mgkn saat itu sdah trlambat...
saya sudah berkahwin 2thn lbh tpi saya sering merajuk kalau b'gaduh dgn suami sy.tp merajuk saya x la lama..hari tu gaduh hari tu gak baik tp kadang2 sy m'mendam rasa sndiri w'laupn dah baik dgn suami..ada kala sy boleh b'cakap dalam hati yg sy lbh rela hdp sndri dri b'kahwin..tak tau la knp..bl b'gaduh sy lbh sk b'diam dri mlawan.b'masam muka tu da semestinya buat sy..macam mana yek nk atasi masalah ni..
sy pula jika bergaduh, die akan marah semarah2nya...akn diam bberapa hr....bila diam bbrp hr tu yg sy xtahan n rase kosong...bila diam tu sy pon mula lh syak wasangka...mcm mne nk tangani?
Pemilihan bahan binaan dan rekaan mampu menyeri ruang TIDAK ramai yang menitikberatkan aspek pemilihan pintu rumah kerana beranggapan ia sekadar laluan yang menghubungkan bahagian dalam dan luar rumah. Hakikatnya, ramai tidak sedar, pelbagai gaya dan rekaan binaan pintu mencipta daya penarik ruang. Begitu juga dengan material berbeza yang digunakan untuk membentuknya, mampu mencipta estetika dan pesona gaya.
Pilihan reka bentuk tepat pintu sebenarnya memberi impak tersendiri terhadap hiasan dalaman terutama membabitkan hak bersendirian (privacy), pengurangan gangguan bunyi selain visual menarik hiasan dalaman kediaman.
Kediaman sempurna sewajarnya dilengkapi pintu namun persoalannya, adakah binaan sedia anda berfungsi dengan baik dan menepati cita rasa anda? Sesungguhnya, mengecewakan jika pintu yang dipasang tidak boleh dibuka-tutup dengan lancar akibat selak longgar gara-gara tidak sempurna pemasangannya. Jika ini, berlaku, ia harus dibaik pulih dan sudah tentu menelan belanja besar.
Yang nyata, pintu terutama yang dipasang di kediaman mempunyai pelbagai gaya dan bentuk. Namun, umum mengetahui yang paling popular adalah:
Yang menonjolkan seni dan kraf
Pintu diberi sentuhan moden. Pintu jenis ini menekankan kehalusan seni pertukangan tangan kerana mementingkan butiran serta perincian selain dibentuk menggunakan bahan binaan semula jadi.
Di sini, tukang kayu menghubungkan rekaannya dengan gaya seperti bermain dengan rekaan lurus, menonjolkan permukaan panel rata namun dipastikan sarat kerawang serta berumpankan kemahiran pertukangan tangan berkualiti.
Rekaan membabitkan tiga panel iaitu satu panel lebar sama ada di bahagian atas atau bawah dengan dua atau tiga panel lagi menampilkan bentuk menegak.
Kolonial Rekaan ini memberi penekanan kepada sentuhan Eropah atau masyarakat awal Inggeris. Binaannya boleh jadi berbentuk klasik dan anggun namun nampak tersergam. Biasanya, menampilkan binaan lapan panel kayu padu.
Kontemporari Pintu ini mengemukakan aliran gaya paling popular dan mutakhir, seperti rekaan panel kaca, jeriji geometri mewah hiasan dan segelintir, mengetengahkan perincian ringkas dengan kemasan licau dan berkilat.
Rumah Ladang Rekaan ini mengambil inspirasi gaya hidup klasik ladang Amerika dan penempatan Eropah zaman dulu. Lazimnya, menonjolkan bentuk empat segi diselangi panel lekuk tiga segi. Pendek kata, pintu jenis ini menggambarkan seni bina dan kehidupan ringkas masyarakat ketika itu.
Kusam Pintu ini menyerlahkan ciri semula jadi kayu dengan rupa tekstur dramatik, berbonggol, berjalur halus namun beraneka warna.
Tradisional Rekaan popular yang menggambarkan penghargaan terhadap cita rasa klasik. Menonjolkan binaan empat hingga enam panel kayu padu manakala panel kaca dianggap simbol gaya ini.
Victoria Tema romantik yang menawarkan pilihan pelbagai. Sesetengah rekaan menonjolkan hiasan sarat, mengutarakan perincian seperti lengkung gerbang, rekaan panel berpusing-pusing manakala bingkainya mengabadikan nostalgia era kegemilangan Victoria.
Membaiki Engsel Pintu Perkara biasa, engsel pintu kayu menggelending. Cuaca dan udara lembap dikatakan menjadi punca masalah ini. Pintu yang melengkung bingkainya mengakibatkan ia sukar dibuka-tutup. Ditambah, masalah udara lembap, keadaan pintu itu menjadi semakin longgar atau ketat jika digunakan berterusan.
Masalah ini jika berlaku, menyebabkan engsel atau kuncinya tidak kemas dan kejap sebagaimana sepatutnya. Jika sedikit terjejasnya, anda mungkin boleh membaikinya namun sekiranya melengkung teruk, tiada cara lain melainkan menggantinya dengan yang baru.
Pintu yang susah dibuka atau berat apabila ditarik menandakan ia melendut daripada sendi dan engselnya. Selain itu, ia mungkin berpunca daripada himpunan kotoran dan sisa cat yang melekat sekali gus menjadikannya tidak mudah dibuka-tutup. Ia boleh dibaiki dengan mengetatkan skru engsel selain mengikis sisi cat yang melekat pada pintu itu.
Manakala, pintu kayu sebaiknya dilindungi dengan barnis dan cat bagi mencecah lembapan yang mengakibatkan kulat sekali gus menjejaskan kayu. Engsel pintu yang longgar dibaiki dengan mengetatkan skrunya.
1. Kapasiti Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
2. Makanan Kering Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.
3. Daging Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.
4. Ikan Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku.
5. Sayur-sayuran Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.
6. Makanan Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.
7. Sos dan kicap Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.
8. Sisa Roti Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.
9. Kebersihan Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)
Kaedah jimat tenaga, mesra alam yang boleh diamalkan keluarga
PEPATAH melentur buluh biar dari rebungnya juga sebenarnya dapat digunakan bagi mengajar penghuni rumah tabiat baik yang harus dilakukan untuk kebersihan, konsep berjimat cermat dan penjagaan alam sekitar.
Amalan lestari ini harus ada pada setiap isi rumah tidak kira rumah kediaman itu besar atau kecil. Apa yang penting setiap ahli rumah mengambil bahagian dalam melaksana amalan ini. Tanggungjawab menjaga kebersihan dan alam sekitar harus bermula dari rumah kerana bermula dari sini sifat tanggungjawab ini dapat dipupuk dan dilaksanakan ibu bapa kepada setiap ahli keluarga.
Setiap kediaman memerlukan beberapa keperluan asas bagi membantu penghuni kediaman melaksanakan aktiviti harian mereka. Antara keperluan asas yang sangat diperlukan adalah keperluan air bersih dan tenaga elektrik. Dua asas keperluan ini disifatkan nadi kehidupan dan jika salah satu tidak dapat diperoleh, maka pasti berlaku kepincangan dalam sistem kehidupan seharian. Selain daripada itu amalan kebersihan dan menjaga kesihatan juga perlu dititik beratkan kerana amalan memang dituntut oleh agama selain mengelak daripada ahli keluarga dari dijangkiti sebarang penyakit.
Berikut amalan lain yang boleh dilaksanakan:
Amalan kitar semula
Memberi sokongan program kitar semula selain memastikan ahli keluarga memberi kerjasama untuk mengitar semula barang buangan sebanyak mungkin.
Menggunakan semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang atau sebagai hiasan yang mengelakkan pembaziran dengan membeli bekas baru.
Mengurangkan penggunaan beg plastik atau bawa beg sendiri untuk membeli belah. Ini disebabkan beg plastik sukar untuk dilupuskan.
Kitar semula air bilasan cucian. Air cucian boleh dikumpulkan semula dan digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.
Gerakkan ahli keluarga untuk memberi idea kreatif bagi mengguna semula peralatan yang terbuang atau mengguna semula peralatan atau perabot dengan gaya baru.
Amalan jimat sumber air
Penggunaan mandi pancuran atau shower harus digalakkan berbanding penggunaan takungan mandi atau bath tub. Namun tidak semua orang selesa mandi secara pancuran dan sekiranya menggunakan kolam mandi adalah digalakkan menggunakan gayung kecil. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak empat kali ganda.
Elakkan kerap cuci kenderaan. Jika perlu, gunakan siraman bilasan menggunakan air dari baldi yang jauh lebih menjimatkan berbanding air disalurkan terus daripada paip. Lebih bijak, gunakan sumber tadahan air hujan.
Siraman pokok dan tanaman secara berkala bagi mengelak pembaziran. Gunakan tadahan hujan adalah digalakkan.
Jika elemen air tidak begitu penting kepada sesebuah reka bentuk rumah kediaman, maka eloklah jika ia ditiadakan. Ini kerana kolam ikan, kolam renang atau pun reflecting pool memerlukan penjagaan serta air yang sentiasa diganti.
Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga dan hanya membasuh selepas muatannya penuh. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50%.
Kawal kadar aliran air paip kerana aliran yang rendah boleh mengurangkan antara 25 peratus - 50 peratus penggunaan air.
Pasangkan sistem dua curahan pada tandas yang dapat mengurangkan sehingga 50 peratus bagi satu-satu keluarga· Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.
Isikan air ke dalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.
Amalan jimat sumber tenaga
Gunakan peralatan elektrik jimat tenaga. Elak peralatan elektrik seperti televisyen yang dibiarkan dalam keadaan 'standby mode' yang menggunakan tenaga elektrik.
Penggunaan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi jimat tenaga. Periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga selain makanan dimasak juga lebih sihat.
Gunakan menggunakan mentol dan lampu jimat tenaga, ini kerana penggunaan mentol dan lampu seperti ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80%.
Pilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan terpengaruh membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan kewajaran penggunaannya. Semakin besar kapasiti semakin tinggi penggunaan tenaga.
Jemur pakaian di bawah cahaya matahari berbanding mesin pengering.
Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan.
Pilih penghawa dingin dengan kapasiti yang sesuai dengan keperluan dan keluasan ruang. Sebagai contoh ruang bilik tidur seluas 3 meter x 4 meter adalah mencukupi menggunakan penghawa dingin berkadar 1hp. Kadar suhu yang sesuai sekitar 22 - 24’darjah Celsius. Elak daripada menggunakan kadar suhu yang sangat rendah kerana mengakibatkan alat penghawa dingin bekerja lebih berat.
Amalan kesihatan baik
Galakkan ahli kelurga berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi menghindar serangan serangga perosak.
Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakkan dari menggunakan tisu kerana ia tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.
Menjaga kebersihan dari haiwan perosak seperti lalat, lipas, tikus dan semut. Pastikan kebersihan dijaga pada setiap peralatan dan memastikan tiada tempat haiwan ini boleh membiak.
Senantiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga dari segi persekitaran dan haiwan peliharaan bagi mengelak penyakit berjangkit.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
msalah nye saya x suke die ad adik angkat pempuan skang pun saya tgh gaduh ngan die...taw kan cm ne ad adik angkat lame2 ad prasaan syg sbb tu saya x suke...law sbb len saya x kisah saya leh wat ape yang penulis kate kan