Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.
Bibir segar dan kemerahan Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.
Bibir yang biru (pucat) Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.
Bibir yang tipis Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.
Bibir yang mungil Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.
Bibir yang tebal Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!
Bibir sentiasa terbuka Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran