Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pemilihan bahan binaan dan rekaan mampu menyeri ruang TIDAK ramai yang menitikberatkan aspek pemilihan pintu rumah kerana beranggapan ia sekadar laluan yang menghubungkan bahagian dalam dan luar rumah. Hakikatnya, ramai tidak sedar, pelbagai gaya dan rekaan binaan pintu mencipta daya penarik ruang. Begitu juga dengan material berbeza yang digunakan untuk membentuknya, mampu mencipta estetika dan pesona gaya.
Pilihan reka bentuk tepat pintu sebenarnya memberi impak tersendiri terhadap hiasan dalaman terutama membabitkan hak bersendirian (privacy), pengurangan gangguan bunyi selain visual menarik hiasan dalaman kediaman.
Kediaman sempurna sewajarnya dilengkapi pintu namun persoalannya, adakah binaan sedia anda berfungsi dengan baik dan menepati cita rasa anda? Sesungguhnya, mengecewakan jika pintu yang dipasang tidak boleh dibuka-tutup dengan lancar akibat selak longgar gara-gara tidak sempurna pemasangannya. Jika ini, berlaku, ia harus dibaik pulih dan sudah tentu menelan belanja besar.
Yang nyata, pintu terutama yang dipasang di kediaman mempunyai pelbagai gaya dan bentuk. Namun, umum mengetahui yang paling popular adalah:
Yang menonjolkan seni dan kraf
Pintu diberi sentuhan moden. Pintu jenis ini menekankan kehalusan seni pertukangan tangan kerana mementingkan butiran serta perincian selain dibentuk menggunakan bahan binaan semula jadi.
Di sini, tukang kayu menghubungkan rekaannya dengan gaya seperti bermain dengan rekaan lurus, menonjolkan permukaan panel rata namun dipastikan sarat kerawang serta berumpankan kemahiran pertukangan tangan berkualiti.
Rekaan membabitkan tiga panel iaitu satu panel lebar sama ada di bahagian atas atau bawah dengan dua atau tiga panel lagi menampilkan bentuk menegak.
Kolonial Rekaan ini memberi penekanan kepada sentuhan Eropah atau masyarakat awal Inggeris. Binaannya boleh jadi berbentuk klasik dan anggun namun nampak tersergam. Biasanya, menampilkan binaan lapan panel kayu padu.
Kontemporari Pintu ini mengemukakan aliran gaya paling popular dan mutakhir, seperti rekaan panel kaca, jeriji geometri mewah hiasan dan segelintir, mengetengahkan perincian ringkas dengan kemasan licau dan berkilat.
Rumah Ladang Rekaan ini mengambil inspirasi gaya hidup klasik ladang Amerika dan penempatan Eropah zaman dulu. Lazimnya, menonjolkan bentuk empat segi diselangi panel lekuk tiga segi. Pendek kata, pintu jenis ini menggambarkan seni bina dan kehidupan ringkas masyarakat ketika itu.
Kusam Pintu ini menyerlahkan ciri semula jadi kayu dengan rupa tekstur dramatik, berbonggol, berjalur halus namun beraneka warna.
Tradisional Rekaan popular yang menggambarkan penghargaan terhadap cita rasa klasik. Menonjolkan binaan empat hingga enam panel kayu padu manakala panel kaca dianggap simbol gaya ini.
Victoria Tema romantik yang menawarkan pilihan pelbagai. Sesetengah rekaan menonjolkan hiasan sarat, mengutarakan perincian seperti lengkung gerbang, rekaan panel berpusing-pusing manakala bingkainya mengabadikan nostalgia era kegemilangan Victoria.
Membaiki Engsel Pintu Perkara biasa, engsel pintu kayu menggelending. Cuaca dan udara lembap dikatakan menjadi punca masalah ini. Pintu yang melengkung bingkainya mengakibatkan ia sukar dibuka-tutup. Ditambah, masalah udara lembap, keadaan pintu itu menjadi semakin longgar atau ketat jika digunakan berterusan.
Masalah ini jika berlaku, menyebabkan engsel atau kuncinya tidak kemas dan kejap sebagaimana sepatutnya. Jika sedikit terjejasnya, anda mungkin boleh membaikinya namun sekiranya melengkung teruk, tiada cara lain melainkan menggantinya dengan yang baru.
Pintu yang susah dibuka atau berat apabila ditarik menandakan ia melendut daripada sendi dan engselnya. Selain itu, ia mungkin berpunca daripada himpunan kotoran dan sisa cat yang melekat sekali gus menjadikannya tidak mudah dibuka-tutup. Ia boleh dibaiki dengan mengetatkan skru engsel selain mengikis sisi cat yang melekat pada pintu itu.
Manakala, pintu kayu sebaiknya dilindungi dengan barnis dan cat bagi mencecah lembapan yang mengakibatkan kulat sekali gus menjejaskan kayu. Engsel pintu yang longgar dibaiki dengan mengetatkan skrunya.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran