Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yg anda duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut?. Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda. Jom kita kira apakah no yang mewakili rahsia disebalik no rumah anda.
Adakah anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin melihat perasaan anda mengenai laman blog ini. Pilih ikon perasaan anda dengan Klik happy news O-meter di sebelah
Kiraan: Nombor 17 = 1+7=8 Jadi angka rumah anda ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah....
Nombor 156 = 1+5+6=12 12 = 1+2=3 Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah....
Rumah nombor 1 Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.
Rumah nombor 2 Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.Cubalah... .
Rumah nombor 3 Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.
Rumah nombor 4 Emmmm... .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.
Rumah nombor 5 Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.
Rumah nombor 6 Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.
Rumah nombor 7 Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.
Rumah nombor 8 Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.
Rumah nombor 9 Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.
mmm... mmg betul. umh no 6. pokok mmg byk wlpn umah kecik. pkk rmbutan ada, pisang, manggis, mangga, bendi. pkk bunga tok sah kata la... sampai xterjaga... thanks ur info.
maaf kalau mencelah pula... cara pengiraan mcm ni.... fedde.sign08 no rumah 10 pengiraan 1+0=1 so u baca keterangan no.1. bagi rumah no 18 pula 1+8=9 baca no 9. begitu juga rumah no 28. 2+8=10 1+0=1 baca no 1 pengiraan kena buat sampai angka tersebut menjadi single itu akan menjadi no. keterangan yg kamu kena baca.. sekian harap maaf k... mencelah tanpa di undang pula...
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
umah family,6 n umah dok dgn kwn2 plak,3...btl kot?hehehe,ne dpt ea?