Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sama ada ia tarikan serta mertaatau reaksi "tertunda," selami cara untuk kekalkan perasaan gila bayang antara satu sama lain, tak kira bagaimana kamu mula menjadinkan hubungan. Sedang ingin bercinta? Kami mendapatkan pandangan pakar "hati' mengenai empat senario "benar-benar jatuh cinta" dan bagaimana untuk meningkatkan peluang bagi kesudahan yang membahagiakan.
LOVE @ FIRST SIGHT Ia berlaku pada saat pertama kamu bertemu: Jantung mula berdegup kencang dan tangan mula menggeletar. Dalam kata lain, ia adalah tarikan dan minat yang hadir serta merta. Bagaimana tarikan ini berlaku tiada siapa tahu. Apa yang boleh dikatakan, ianya suatu tarikan fizikal yang kuat, kamu berada pada tempat dan masa yang betul, serta minda di bawah paras sedar kamu mengumpul petunjuk yang kamu sendiri tidak sedari.
POTENSI PASANGAN "Rakan saya mengatur blind date dengan kenalannya Fuad. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya dapat rasakan something special dengan dia. The date was excellent. Bila saya pulang dan memberitahu teman sebilik yang saya suda menemui bakal suami saya, dia sangka saya sudah gila. Selepas dua tahun, perasaan masih tidak berubah," kata Diana, 25.
"Dalam kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,500 responden, 55 peratus daripada mereka yang mengakui mereka jatuh cinta pada pandang pertama, akhirnya berkahwin," kata Earl Naumann, pengarang buku Love at First Sight.
"Apabila kamu jatuh cinta dengan pantas, kamu mungkin akan hanya memberi fokus kepada masa depan dan mengabaikan ikatan yang ada pada masa sekarang," jelas Ayala Pines, penulis Falling in Love. Justeru beri tumpuan untuk mencipta minat baru yang serupa dan menjawab soalan real-time (contohnya, adakah kamu gembira dengan pekerjaan kamu?) Dengan cara itu, kamu dapat lebih mendalami personaliti masing-masing.
LAMBAT TERTARIK Tiada "letupan bunga api"? Walaupun dia bukan pasangan dari syurga, kamu berasa gembira dengannya dan tidak keberatan keluar bersamanya. Kemudian, kamu mula melihat kualiti menarik yang dimilikinya dan tanpa disedari, kamu dilamun cinta. Jadi bagaimana personaliti biasa seperti Clark-Kent berubah menjadi superman? "Yang pasti dia tidak memenuhi kreteria tarikan fizikal ketika awal pertemuan, tetapi ada sesuatu pada personalitinya dan menarik perhatian dan ia mula mambajai hubungan emosi dan fizikal," kata Pines.
POTENSI PASANGAN Hubungan yang berkembang daripada reaksi tarikan "tertunda" biasanya lebih mendalam dan biasanya tidak begitu rapuh berbanding yang berasaskan pada seseorang yang memenuhi "idea" romantik kamu, justeria ia mempunyai peluang lebih cerah untuk bertahan, kata Greg Godek, pangarang 101 Ways to Be Romantic.
Begitu yang ditemui Madihah, 24. "Saya biasanya hanya keluar dengan lelaki yang aktif," kata Madihah. "Azmeer pula pemuda yang lebih berminat menonton filem berbanding bersenam, jadi pada mulanya saya sukakan sikap pak lawaknya itu sebab saya tak kisah keluar beberapa kali bersama. Akhirnya saya jatuh cinta kepadanya," katanya. Di sini kamu boleh jatuh cinta dengan seseorang kerana kalian berkongsi minat dan nilai yang sama. Akhirnya, faktor inilah yang memainkan peranan penting.
KAWAN JADI BUAH HATI Keingina secara tiba-tiba untuk bersama dengan rakan platonik mungkin berisiko, dan menimbulkan rasa janggal. Tetapi Nadia, 29, mendapati perubahan itu boleh berlaku dengan lancar. "Dia dengan saya sangat rapat dan selesa berkawan sebelum kami mula menjalinkan hubungan, dan peralihan itu tidak begitu menimbulkan tekanan," jelasnya.
POTENSI PASANGAN Jatuh cinta dengan kawan sendiri memberimu peluang lebih cerah untuk menjalinkan hubungan cinta jangka panjang bebanding apa yang kamu sangkakan, kerana "persahabatan adalah asas untuk hubungan yang menggembirakan," kata penyelidik, John Gottman, Ph.D., pengarah The Seven Principles for Making Marriage Work. Dan satu lagi sebab kenapa menjadi kawan terlebih dahulu lebih baik untuk masa depan: "Kamu sudah tahu dan sudah faham perangai masing-masing," jelasnya.
Satu peringatan: Kamu merasa selesa dari peringkat awal, hinggakan tidak dapat merasakan "asyik" cinta baru. Akhirnya, fikiran jadi celaru. "Mengekalkan perasaan cinta yang membara adalah cabarannya," kata Godek. Kamu mesti mempunyai matlamat untuk sentiasa menghangatkan cinta kamu. Apa kata cuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jangan fikir bukan-bukan pulak. Ajak si dia sertai Amazing Race atau berduet dalam pertandingan karaoke. Kenangan manis "kali pertama" pasti menyemarakkan rasa cinta.
BENCI TAPI SAYANG Rasa nak menumbuk mukanya selepas kali pertama berbual dengannya? Awas ya! Perasaan "tidak suka" itu mungkin hanya "topeng" yang menutup tarikan emosi yang sangat kuat terhadapnya.
POTENSI PASANGAN Dalam percintaan sebegini, pasti kamu "jarang" rasa bosan. "Keasyikan ketika detik awal jatuh cinta berjaya dikekalkan kerana pasangan terus mengingati apa yang menimbulkan bibit cinta daripada awal... Konflik!" kata Pines. Kamu sentiasa mempunyai "pengecas bateri" yang membantu mengekalkan kehangantan itu untuk satu tempohyang lebih lama.
"Saya tidal menyukai Azlan pertama kali kami bertemu, danwalaupun kami saling menyintai sekarang, sekali sekala kami masih melakukan sesuatu yangmenimbulkankemarahan!" kataSarah, 30. Namun ada bezanya antara "bergaduh" dengan mengusik nakal ya.Jika ia berubah menjadi satu "peperangan" ada kemungkinan cinta kalian tidak berkekalan. Justeru bercinta elok-elok ya!
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.