Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mencuba meraih hatimu.. Walau payah yang aku pikul.. Walau beban yang aku tadah.. Mencuba mendekatimu... Walau kau tak pernah jauh dariku.. Kau tahu hatiku.. Kau tahu perasaanku.. Kau datang padaku.. Kau biarku bermain dengan emosi.. Kau goda hatiku... Kau lepas hatiku.. Mana akhir teka teki ini???
Siapa aku di sanubarimu?? Sekadar teman atau bagaimana???? Mengapa beri tanda cinta walau tiada niat untuk mencinta??? Akukah yang bermain perasaan?? Tetapi mengapa tiada langkah saat ku minta kau pergi??? Jangan kau berlari-lari dalam hatiku.. Tetaplah di situ kalau itu destinasinya...
Aku cuba merungkai kata pasti.. Kenapa kau berdiam diri??? Aku mahu kesudahan cerita yang kau tulis... Aku mahu kepastian yang hanya ada padamu..
Jenuhku menunggu, letihku menanti.. Rupanya dia yang kau inginkan.. Kau datang padaku untuk meraih cinta darinya.. Oh, Tuhan!! Kenapa terjadi lagi episod ini?? Episod yang sama, berulang-ulang terjadi dalam salur hidupku..
Seharusnya kau pergi seawal kau tahu hatiku menyanjung dirimu.. Kau tidak tega melangkah dariku.. Kau buat aku terus berharap padamu.. Seandainya aku tahu niatmu, pasti aku tak segan membina jarak antaramu.
Tiada jalan sudah.. Tiada harapan sudah... Kau beri aku tanda cinta yang bukan untukku.. Kau beri aku senyum murahan untukku terbang ke langit khayalan.. Tanpaku sedar, kau memendam cinta pada dia yang aku sanjung... Kau simpan hatimu untuk dia yang tak mungkin aku saingi.. Dia saudaraku.. Darahku ada mengalir dalam nadinya.. Dia teduhkan aku saat hatiku kehujanan pilu.. Dia rangkul aku saat hatiku hampir hancur..
Tiada jalan lain ke hatimu.. Tiada perlu lagi aku di sini.. Menantimu adalah kebodohanku.. Menunggumu adalah ketidakwarasan akalku.. Telah lama ku harap kau jemput cintaku.. Telah lama ku simpan satu hati untuk kau sanjung..
Saatku sedar tiada jalan menuju ke hatimu, aku yakin aku harus pergi.. Jangan kau halang lagi... Jangan berdalih lagi.. Aku tak bisa menipu hatiku.. Aku tak sanggup senyum dibalik sedihku.. Sampai di sini saja... Terhenti di sini cintaku untukmu.. Berakhir di sini hubungan tanpa nama ini... ~YUS RE~
kdg2 kite 'kalah' kat sini tapi kite 'menang' kat tempat lain.. renung2kan.. menyayangi org yg x menyayangi kite mmg sakit..tp tulah hakikat nye.. terima je la.. cinta itu x mest harus memiliki..
puisi ini ditulis saat hati sdg patah! sgt menyentuh perasaan! dpt rasakan penulis sgt mencintai dan berharap dicintai oleh lelaki tersebut. semoga penulis tabah mengharungi hari2 baru.
btl3..hehhe..setiap insan tuhan dh tentukan jodohnye..antara baik dan x baik tu kite x tau.. tp hakikatnye setiap kesukaran yg tuhan duga kite mesti akhirnye tuhan akan membalas dgn ke kebahgian..tadah tgn perbykkan doa..insyallah..^_^
CINTA ITU ADALAH PENGORBANAN. KEKADANG KITA HARUS MELEPASKAN ORANG YG KITA SAYANG DEMI KEBAHAGIAANYA. DAN AKU PUN BEGITU. (A) DTG KMBALI TIKA AKU BELAJAR MELUPAINYA. DAN AKU MENOLAK CINTANYA. AKHIRNYA DIA BERUBAH MENJADI LELAKI BAIK TANPA ADA INSAN YG BERGELAR WANITA D SMPINGNYA. PLAYBOY BERUBAH JADI BAIK. TP AKU MSEH CINTA DIA.......
ala..ap sush..tngglkn je org yg tk syg kat kt..bkn tkde org len pn nk kat kt..g 1,jgn syg sngt kat org len selagi dia blum jd suami atau isteri kt yg sah..
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
wow...mmg gler2 amzing beb...sme mcm ksh idowp aq...mghrp pd yg x psti...rpnye dy nk ke kwn aq...mmg pdih r kn...