Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
DIANGGARKAN lebih daripada 80 kaedah urutan yang diiktiraf di seluruh dunia. Keberkesanannya secara klinikal turut membuatkan urutan terus popular.
Biarpun tiada kaedah piawaian untuk satu-satu jenis urutan, urutan lazimnya dilakukan ke atas otot, tendon, ligamen, kulit, sendi atau tisu penghubung lain.
Urutan yang boleh dilakukan menggunakan tangan, jari, siku malah kaki ini sebenarnya sudah terkenal sejak zaman berzaman. Tulisan awal mengenai urutan boleh ditemui dalam tamadun kuno termasuk Rom, India, Jepun Mesir dan Mesopotamia.
Antaranya adalah urutan yang direkodkan sebelum Masihi lagi yang menceritakan mengenai urutan seharian menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada regim kecantikan wanita.
Urutan semakin popular di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Namun ketika era 1930-an hingga 1940-an, pengaruh urutan kian berkurangan lantaran perkembangan dalam bidang perubatan.
Apapun, pada 1970-an, pengaruh urutan kian meningkat sekali lagi khususnya di kalangan atlit sukan di negara terbabit. Urutan turut digunakan pada era berkenaan oleh jururawat bagi membantu mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit serta membantu mereka untuk tidur.
Ketika kejohanan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, urutan ditawarkan buat pertama kali sebagai perkhidmatan perubatan utama.
Info jenis urutan
Urutan Thai: Ia dipercayai dikembangkan oleh ahli perubatan Buddha, Jivaka Kumar Bhaccha, kira-kira lebih daripada 2,500 tahun lalu di India.Ia kemudian sampai ke Thailand di mana teknik dan falsafah Ayurveda yang digunakannya itu turut dipengaruhi oleh perubatan Cina.
Selama berabad lamanya, urutan Thai dilakukan oleh golongan sami sebagai salah satu komponen perubatan Thai.Urutan Thai agak lasak dengan penggunaan tangan, lutut dan kaki pakar terapi urutan.
Ramai menganggap urutan Thai memberi kesan merehatkan dan membuatkan diri lebih bertenaga.Urutan ini tidak menggunakan sebarang minyak yang lazimnya dilakukan di atas lantai berlapik.
Ia boleh mengambil masa antara 60 minit sehingga dua jam.Urutan ini antara lain membantu seseorang untuk lebih relaks, mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan tenaga serta menyeimbangi keadaan tubuh.
Urutan aromaterapi Sejenis urutan yang popular di spa. Ia menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan minyak pembawa. Penggunaan minyak pati sudah dikenali sejak zaman kuno di Mesir, Itali, India dan China.
Minyak pembawa adalah minyak sayur-sayuran yang digunakan sebagai asas untuk mencairkan minyak pati sebelum ia disapu pada kulit. Minyak pembawa digunakan kerana minyak pati terlalu pekat untuk disapu terus pada kulit. Antara minyak pembawa yang popular adalah minyak kelapa, avocado dan badam manis.
Urutan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai keadaan berikut: 1. Penyakit kulit berjangkit, ruam atau luka 2. Baru menjalani pembedahan 3. Baru menjalani kemoterapi kecuali disarankan doktor 4. Cenderung untuk mengalami masalah darah beku. 5. Wanita hamil (sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum melakukan urutan manakala urutan untuk wanita hamil sebaiknya dilakukan pakar terapi urutan yang bertauliah dalam urutan wanita hamil).
Petua urutan: 1. Jangan mengambil makanan berat sebelum mengurut 2. Tiba awal di spa atau pusat urutan, sekurang-kurangnya 10 minit untuk merehatkan tubuh sebelum memulakan urutan. 3. Pastikan pakar terapi urutan mengetahui maklumat kesihatan diri kerana sesetengah jenis urutan tidak sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah tertentu. 4. Jika rasa tidak selesa semasa diurut, maklumkan pada pakar terapi urutan. 5. Bernafas membantu diri untuk lebih merehatkan tubuh. Ramai yang kurang bernafas semasa diurut kerana rasa gementar. 6. Rehatkan diri ketika diurut. 7. Minum selepas urutan. 8. Ambil sedikit masa bersendirian selepas urutan bagi membolehkan tubuh 'menerima' manfaat urutan.
Kesan terapeutik urutan mengambil masa justeru, sebaiknya ia dilakukan lebih kerap untuk menikmati manfaatnya. Oleh itu, jika urutan itu bertujuan untuk memulihkan ketegangan otot atau pulih daripada masalah tisu lembut, sesi urutan lazimnya mengambil masa.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran