Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Di pulau mutiara itu segalanya bermula Sebuah cerita yang tiada kesudahannya
Di situ, Menjadi saksi kepada pertemuan aku dan dikau Pertemuan yang bisa merubah segalanya Pertemuan yang bisa membuka pintu hati ini
Saat itu, Hatiku dahagakan nafas sebuah cinta Hatiku rindukan seukir bicara kasih Tiba-tiba, Sepasang tubuh itu hadir dan menari di tubir mata ini Dan mengetuk-ngetuk pintu hatiku
Aku tanpa banyak bicara Membuka pintu hati keramatku Buat kau masuki Bukan sahaja sebagai teman bicara di kala sepi Tapi, Sebagai teman sehati sejiwaku
Kita akhirnya bersama Melayari sebuah nakhoda cinta Aku sebagai kelasinya Dan kau sebagai tamunya Katamu, " saya bahagia sangat bersama awak" " awak penyabar" " sebab itulah saya sayang sangat kat awak" Suatu pujian indah kau bicarakan di telingaku Lalu menusuk masuk ke hati kecilku Tahukah dikau??? Pujian itu tiada pernah ku lupa walau sesaat masa berlalu
Aku tahu Diri ini bukanlah seorang kelasi yang penuh pengalaman di dada Namun, Aku cuba Pertahankan pelayaran ini Demimu Aku tiada mahu kau mengalah di pertengahan pelayaran Ku mahu kau bahagia bersamaku
Namun, Alunan ombak yang kian ganas Menghempas-hempas nakhoda kita Aku yang tiada pengalaman ini Mula resah, hilang pertimbangan Kau pula, mula merungut Mempersoalkan segala perilakuku
Sayangku, Saat itu sebuah nakhoda lain menghampiri kita Aku hanya memerhatikan dari jauh Dia pula makin mendekat Lambaian tangannnya kau sahut Sedangkan aku, Kau biarkan sendirian Tenggelam dipukul ombak menggila
Sayangku, Kau akhirnya mengaku Nakhoda itu adalah nakhoda bekas temanmu Teman sehati sejiwamu dulu Katamu… Dia datang kembali demi cinta dahulu Ingin mengambil mu dan menebus kesilapan nan lalu Katamu lagi… Hati dan perasaanmu masih ada pada dia Kenangan lalu sentiasa menjadi igaun tidurmu
Masihku ingat sehingga ke saat ini Kau menuturkan satu bicara yang menjadi sembilu di hatiku Katamu… Kau masih sayangkan aku tapi… Tapi perasaan itu kian berkurang Sedarkah kau saat itu hatiku benar-benar terluka? Sedarkah kau tika itu hatiku betul-betul kecewa? Aku tahu Kau sedar tapi Siapalah aku di sisimu waktu itu
Sayangku Saat kulihat kau melangkah masuk ke dalam nakhoda itu Hatiku tertanya-tanya Adakah aku kau jadikan hanya sebagai tempat persinggahan? Adakah aku kau jadikan tempat berteduh cuma buat seketika? Aku sangat menginginkan jawapan kepada semua persoalan ini
Sekarang Masa kian berlalu Bayangmu dan nakhoda yang kau naiki itu Tiada lagi kelihatan Hilang di lautan nan biru Tetapi aku Masih lagi mencarimu Masih lagi menunggumu Berpaling kembali ke arahku Dan memulakan semula pelayaran cinta ini
Sayangku Tahukah kau tika ini Nakhodaku kian tenggelam Dimakan rakusnya alunan ombak Sementara aku Mungkin lemas di pulau ini Bersama jasad dan roh cinta suciku
Sayangku Andai suatu hari nanti kau kembali Carilah kubur cintaku di pulau mutiara ini Andainya tiada bisa kau ketemu kubur itu Anggaplah yang cintaku terhadapmu telah tiada Mati ditelan lautan yang dalam Namun Andainya kau bisa menjumpai kubur cinta itu Sahutlah cinta itu kembali Kerana mungkin cintaku padamu Akan bangkit kembali untuk menemanimu
Nakhoda pulau mutiara Telahpun terkubur Hanya kau yang bisa mencari kubur itu Dan hanya kau yang bisa menyahut kembali cinta itu Semuanya terserah pada hatimu
Sayangku Maafkan daku andai ada tersilap bicara selama bersamamu Ketahuilah Sehingga ke saat ini Kau masih di hatiku…
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
sedih nyer.. huhuu