Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kehidupan di dunia Kadang kala indah bagai bulan purnama Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana…
Hati yang berdetik Namun mulut tetap terkunci Tidak mampu melafazkan Yang tersurat di hati Kerana jendela bibir terkunci rapi
Jiwa meratap pedih Perasaan menagih kasih Orang yang dinanti Datang bagaikan mimpi
Hinanya diri Diperlakukan sebegini.. Bagai tiada erti Umpama hilang perasaan hati
Termenung kuseketika Dilamun mimpi khayalan yang tak sudah Diri masih tertanya-tanya Kemana hilangnya kemanisan di dunia
Kunci yang dicari Hilang tetap tak ditemui Kaki yang melangkah kedepan Tiba-tiba tersisir ke belakang Bagai hidup tiada penghujung Umpama bunga hilang wanginya Ibarat daun tiada hijaunya Dunia yang berputar Namun kaki tidak terlangkah Masa yang berlari Namun jiwa masih terhenti Umpama memijak diawangan Bagai berlari dikayangan Ibarat ada dalam tiada Dicapai tapi tidak terasa Digenggam namun terlepas jua Ibarat diri bayang-bayang Yang berpijak di bumi nyata
Diri tinggal tanda Tanya Beginikah dunia? Yang selama ini dikejar Namun tak pernah ditemui Beginikah hidup? Yang selama ini diterokai Namun masih menjadi misteri…
Apa yang harus diingati Yang pergi takan ada lagi Yang wujud bakal tiba pengganti Yang tinggal tetap jua kembali
Misterinya kehidupan.. Makin ditanya Makin banyak persoalan Makin diteroka Makin banyak rasia
Apa yang dikata Telah lama tersirat dijiwa Apa yang dicari telah lama ditemui apa yang dibenci sebenarnya paling disayangi itulah kenyataan diri kebenaran yang ditemui sengaja disembunyi lagi dicari..
Cinta… Ibarat lautan terbentang Kasihnya tetap ketepian Semakin cuba diselami Semakin dalam hati merasai Semakin banyak yang dijumpai Kasihnya tiada ganti Tidak juga berbelah bagi
Lelaki… Sungguh sukar difahami Ibarat hujan dipadang pasir Bagai gelora di hujung muara Kadang kala datang tanpa diduga Tiba-tiba pergi tanpa disangka Inikah ironinya?
Peribadinya lelaki Diibarat seumpama perdana Kelakuan tiada beza Apa yang dituju juga serupa
Wanita sahaja yang tegila-gila Bagai terjumpa air di padang pasir Hendak dijamah risau kehabisan Tidak dirasa diri pula kehausan
Hmm Keluhan kesal sering menghantui diri tidak mengerti kemana kaki melangkah pergi
pandangan jauh kedepan namun sering tersasar di persimpangan hati yang berbisik namun jiwa tidak terdetik sengaja diabaikan risiko didepan kerana kabahagiaan yang dijanjikan
perjuangan diri masih di persimpangan musuh sekeliling sorak kegembiraan tatkala diri tersungkur dari batasan manusia serupa namun pemikiran yang berbeza jalan yang dilalui terasa bagai berduri bila diri tidak lagi dihargai
Kaki yang melangkah terasa beratnya otak yang mengkaji berhenti keletihan apa lagi yang terlepas dari pandangan?
Hijaunya bumi Tidak dapat menyejukan Birunya laut masih lagi tidak dapatmenenagkan gunung-ganang yang tersergam gagal membangkitkan sawah ladang yang terbentang tetap jua menghalang pandangan
apa maknanya semua ini naluri hati telah tersimpul mati hendak ditanya namun pada siapa ingin dijawab tiada pula soalannya
bingungnya diri kekiri tidak kekanan jauh sekali kedepan terhenti berundur kebelakang tiada erti
betul katanya.. didepan ada yang menunggu namun simpang mana yang harus ku tuju?
Diri terasa sunyi Takut mengikut kata hati Risau tersungkur lagi
Berilah ku peluang Seketika ini Izinkan diri menemui apa yang dicari risau tidak berkesempatan dilain kali
deruan ombak dipantai kadang kala membingitkan angin yang menderu terasa seperti ada yang menyeru adakah ini petanda pada sesuatu?
Diri ini keletihan Tanda noktah yang dihajatkan Namun tanda soal yang diketemukan Dimana pengakhiran sebuah persoalan
Kenyataan yang dicari Dari awal diri mempercayai Ia bakal memberi kesan yang pahit dalam diri Bagaimanapun kenyataan harus dihadapi Walau pahit ranjau berduri
Berilah pengakhiran pada semua ini Wujudkanlah kesempatan Agar dapatmenjernihkan keadaan Supaya tidak tehimpit penyesalan Semoga semua persoalan Dijawab dengan sebuah kemenangan Agar jiwa merasa tenang dimasa depan
Kumohon… Insan disisi Menghargai perasaan hati Melindungi diri ini Menjaga sehingga nafas terakhir Semoga pertemuan ini Memberi ku nafas kembali Ku berjanji… Dirimu takan ku khianati Dan ku mengharap Dirimu memahami perasaan ini Menunaikan janji yang kau lafazsi Kuberdoa hubungan ini terpatri Dua jiwa menjadi satu hati Pada saat izin berwali Tika ijab bersaksi Hanya padamu ku menanti…
puitis sungguh ayat...kalu ade jodoh takkan kemana..kita hanya mampu memilih,tp jodoh pertemuan di tangan tuhan...banyak-banyaklah bersabar..semoga berjumpa dengan insan yang menghargai perasaan hati yang kosong di buai mimpi..puisi ni bagus...teruskan perjuagan anda semoga dapat jodoh..hehehehe
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
puitis sungguh ayat...kalu ade jodoh takkan kemana..kita hanya mampu memilih,tp jodoh pertemuan di tangan tuhan...banyak-banyaklah bersabar..semoga berjumpa dengan insan yang menghargai perasaan hati yang kosong di buai mimpi..puisi ni bagus...teruskan perjuagan anda semoga dapat jodoh..hehehehe