Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebagai seorang manusia sudah tentu anda menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana masalah telah menjadi salah satu asam garam kehidupan. Selagi anda dikatakan manusia bernyawa dan bernafas, anda tetap menghadapi masalah. Oleh itu anda tidak boleh lari dari masalah.
Begitu juga di dalam perniagaan. Menjalankan sesuatu perniagaan diibaratkan sebagai menghadapi sesuatu perjuangan untuk mendapat keuntungan bagi menyara kehidupan atau mencari kekayaan. Apabila anda menghadapi perjuangan sudah tentu anda akan menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah kewangan, pemasaran, pengurusan atau pengeluaran. Oleh itu sebagai seorang usahawan anda tidak boleh lari dari pelbagai masalah.
Ramai usahawan yang tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, telah berputus asa dan menutup operasi perniagaan mereka. Ini kerana mereka menganggap masalah adalah sesuatu malapetaka yang menimpa perniagaan mereka.
Sebenarnya ramai usahawan terutama usahawan Bumiputera tidak mengetahui disebalik sesuatu masalah terdapat pelbagai peluang. Kerana dari sesuatu masalah maka kita akan mendapat peluang perniagaan. Sebagai contoh jika kita menghadapi sesuatu masalah untuk mencari pelanggan, jika kita dapat menyelesaikan masalah tersebut, bukan sahaja kita berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan mendapat pelanggan bahkan kita akan mendapat peluang-peluang perniagaan lain. Ramai usahawan Bumiputera yang menyalahkan orang lain apabila menghadapi sesuatu masalah perniagaan. Sebagai contoh, jika membuka restoran dan jika restoran mereka tidak dikunjungi orang, mereka menyalahkan orang lain yang dikatakan dengki dengan mereka. Tetapi disebaliknya mereka tidak mengkaji apakah punca masalahnya. Adakah layanan mereka memuaskan, atau adakah resepi makanannya diterima oleh semua pelanggan atau adakah mereka merekod segala aliran wang tunai dan bermacam-macam lagi.
Oleh itu jika anda menghadapai sesuatu masalah, jangan berputus asa. Cuba selesaikan masalah tersebut dengan menggunakan teknik-teknik yang akan diterangkan di dalam artikel ini.
1. CATITKAN MASALAH ANDA PADA KERTAS
Perkara yang paling penting yang harus diambil kira apabila menyelesaikan sesuatu masalah ialah segala masalah dan jalan penyelesainya hendaklah dicatat pada sehelai kertas. Ini kerana dengan mencatit masalah anda pada sehelai kertas, anda akan dapat memahami dan keterangan yang lebih jelas mengenai masalah anda.Dengan mencatat segala masalah pada sehelai kertas juga , mental anda akan berfungsi mengeluarkan segala jalan penyelesaiannya.
2. MENGENALI DAN MENGANALISIS MASALAH
Sebelum anda cuba menyelesaikan sesuatu masalah, anda harus mengenali atau menganalisis masalah tersebut terlebih dahulu. Ini kerana kadang-kadang disebalik sesuatu masalah terdapat beberapa peluang dan kadang-kadang sesuatu masalah yang kita katakan masalah bukannya berupa masalah.
Untuk mengenali atau menyelesaikan sesuatu masalah, pecah-pecahkan masalah tersebut kepada beberapa bahagian atau masalah yang kecil. Sebagai contoh katakan anda mempunyai masalah untuk memasarkan sesuatu produk yang baru. Masalah memasarkan produk baru adalah masalah induk, di sebaliknya terdapat pelbagai masalah lagi di antaranya ialah:
a. Masalah produk tidak mempunyai citarasa pelanggan. b. Masalah produk tersebut tidak mendapat promosi yang mencukupi. c. Masalah harga produk tersebut terlalu tinggi. d. Masalah cara pengedaran produk tersebut tidak berkesan. e. Masalah pembungkusan produk tersebut tidak menarik dan beberapa masalah lagi.
Selepas anda menganalisis masalah tersebut atau membahagikan masalah tersebut kepada beberapa masalah yang berkaitan dengannya, maka barulah anda mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Sebagai contoh lagi, ramai usahawan menghadapi masalah kewangan untuk modal pusingan. Kadang-kadang masalah kewangan tersebut berkaitan dengan masalah lain. Jika anda dapat menyelesaikan masalah yang lain tersebut anda akan dapat menyelesaikan masalah kewangan.
3. FIKIRKAN JALAN PENYELESAINNYA
Selepas anda membahagikan masalah tersebut kepada beberapa masalah-masalah kecil yang berkaitan denganya, selesaikan satu persatu masalah-masalah kecil tersebut dengan membuat andaian jika sesuatu masalah tersebut:
Digunakan cara lain:
Sebagai contoh fikirkan apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut digunakan dengan cara lain.
Diubahsuaikan:
Apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut diubahsuaikan.
Ditambah:
Apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut ditambah bahannya, ditambah warnanya, ditambah bentuknya, ditambah iklan dan sebagainya.
Dikurangkan:
Apa akan terjadi jika sesuatu produk atau perkhidmatan dikurangkan bahannya, warnanya, bentuknya, perbelanjaannya, dikurangkan pekerja dan sebagainya.
Diganti:
Apa akan terjadi jika cara membuatnya diganti dengan cara lain, diganti bahannya, diganti warnanya, diganti suaranya, digantikan dengan pekerja baru dan sebagainya.
Disusun semula:
Apa akan terjadi jika produk atau perkhidmatan tersebut disusun semula cara penggunaannya, bahannya, peraturannya, kedudukan dan sebagainya.
Diterbalikkan:
Fikirkan apa akan terjadi jika cara penggunaan produk atau sesuatu perkhidmatan diterbalikkan. Jalan penyelesainya diterbalikkan.
Dicantumkan:
Apa akan terjadi jika sesuatu bahan produk tersebut dicantumkan dengan bahan lain, jalan penyelesaiannya dicantumkan dengan cara lain, bentuk dan warnanya Gunakan Borang Menyelesaikan Masalah yang terdapat di bawah ini.
4. BUAT RUMUSAN
Selepas anda membuat pelbagai andaian untuk menyelesaikan masalah anda mengikut senarai tersebut di atas, buat satu rumusan jalan penyelesainya. Catitkan rumusannya di kertas.
5. MENGAMBIL TINDAKAN
Ambil tindakan segera ke atas rumusan jalan penyelesaian masalah tersebut.
Dengan mengikuti segala teknik yang terdapat di dalam artikel ini diharapkan anda akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Ingat! Jangan lari dari masalah. Kerana setiap masalah ada jalan penyelesainnya.
CONTOH BORANG MENYELESAIKAN MASALAH
Masalah Yang Dihadapi: -------------------------------------
Jenis Masalah:------------------------------------------------
Digunakan Cara Lain:-----------------------------------
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran