Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.
Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?
Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?
Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula 'memasang' yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:
Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.
Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda. Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.
Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.
Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.
Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.
Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.
Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.
Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.
Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.
Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.
Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.
Tidak lagi rajin menelefon anda Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.
Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.
Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
betul ker apa yg tercatat itu..memang sedikit sebanyak ada juga persamsaan yg dia lakukan pd sy..cth..x telefon.dia memberi alasan cbuk..dan dia mengulas walaupun dia x cll atau sms sy x bermakna dia cll atau sms perempuan lain..tapi betulkah apa yg dia hujahkan itu atau hanya menyedapkan hati sy shja..boleh tolong jelaskan pd sy..
selain itu juga ada benar dia x kasi membelek fon nya..memeng dulu sy pernah membelek fon nya..memang ada sms perempuan lain..tapi dia tegaskan kawan sahaja..memang sy akui sy kuat cemburu lantas sy bergaduh dengannya krana tidak puas hati.dan sekarang langsung dia x kasi sy membelek fon nya,tetapi kalu fon sy pulak dia boleh membelek..adakah patut.adakah saya juga harus berbuat begitu padanya dan jangan kasi fon saya padanya..tolonglah saya mengatasi masalah ini..
yup...semua tanda2 yg anda alami adalah tanda2 atau bunga2 si dia curang...saya telah mengalaminya namun saya menyedapkan juga hati sendiri...tp hakikat sebenar adlh di depan mata.si dia meninggalkan saya selepas 7thn bersama.dan tanda2 di atas memang pernah dilakukannya dan memang terbukti BENAR ! jd...anda berhak menentukan ape yg terbaik untuk anda apbila susah mengetahuinya....
itulah..saya x tau nak wat per..saya perbah wat friend finder kt dier..dan ternyata dia berada kt tempat port dia..dier ni mat rempit..itulah yang membuntukan saya..memang dia susah nak buang tabiat itu..dia x mengaku tapi saya tau.dia lebih mengutamakan hobi dia dari saya.dia ckp itu lebih baik daripada dia keluar dengan perempuan lain..tapi saya x percaya kerana saya tau mesti dia ada pompuan lain.
Saya dh 6 tahun dengan si dia. 2 kali dia duakan sy n sy masih lagi dengan dia sbb terlalu sygkan dia. sekarang kami dah 2 tahun bercinta jarak jauh. dari dulu dia mmg x bg sy tgk hp dia n skrg kalo kami berjumpa, dia akan matikan hp dengan alasan hp rosak atau bateri hpnya habis. mmg x berkesempatan langsung nak tgk isi dalam hpnya tu..lagi satu dia mmg ssh nak kol sy. msg pun ssh..sume harapkan sy..ramai yang cakap, tgglkan sj dia. buat apa lg megharap.tp saya rasa sy x mampu sgt..jauh disudut ht sy, sy tau dia xjujur. ya tuhan..bukakan la mata sy supaya sy sedar..
sy pon sama mcm awk tear_gurl tp allah selalu tunjukkan die tu curang entah nape ati sy masih kat die...sy harap bila dah keja nanti sy leh lupa kan die...
bf sy dh lame xcll n msg mcm dlu..kalu kiteorg gdh msti dia xnk angkt fon bila sy cll..geram pun ada..tp kdg2 sy benci ngn org laki nie..kdg2 da bf pun menyusahkan aje..enth la..(sy hrp abg x mcm tu lg..
sye pn ade mslh yg sme gek..bf sye ni dlu kalau bleh stiap saat nk sms je ngan sye.tp skrg kalau x sye yg sms @ call jgn harap la kn..Kami bercnte jarak jauh ssh kan..Tp sye syg sgt kat die.ble kuar ngan sye hp die asyik bunyi je.ble tye siape 2 silap nombor katenyer.skit btl hati ni.
kenapa pempuan asyik jadi mangsa laki???rata2 komen diatas,semuanya bukan kawan dalam tempoh yang singkat.kebnyakkan cecah bertahun2.bagi pempuan,lagi lama kawan,lagi susah nk tinggl.lagi2 syg,tp laki??seratus thn pn tak de maknya nya bagi diorg.yg baru lagi membahagiakn.laki sume sama
ketika ini sy hnya menunggu saat perpisahan setelah hampir 3 tahun bercinta.. walaupn sy tau dia ada lelaki lain melalui laman facebook dan tagged... tapi dek krn terlalu sygkn dia sy cb nafikan apa yg dia lakukan walaupn jelas sy tau apa aktiviti dia... tips yg dinyatakan tu, hampir 90% betul berlaku pd diri sy... insya allah semoga sy diberi kekuatan utk menerima kenyataan... ini kali ketiga sy berusaha pertahankan hbgn sy, mgkin ada hikmahnya.
helo smua..klu pasal col2 ni..pa susah..daftar ja no telefon dia dlm customer online service..minta pasword dia jd hari2 ble cek sapa yg dia col n sms.klu dia x x berani bg..maknanya dia ada pmpuan lain la 2..;)
ya allah hmpir ksemua ciri2 tu ad pdanya...tp sy sbr dan xprnah sdkit pon mnimbulkn prkra2 yg mcm ny..kdg kala trsaa bodoh cngat smpai trpksa pjok rayu dy agr brborak2 ngn sy lam fon...balek2 alsn yg sma...bila ditanyakn apkah dia srius slma ni ??jwpnnya...siap ad smpah berbgai...skunk nk tggu mcj dr dy pon mkn msa brhari2..alasnnya..klu ad mood dy mcj klu xda xlarh jwpner...ya allah..btapa trsanya sy ngn jwpn yg dbrikn...smpah sy ckp..sy kpel dengan dy sbb sy syg n cintakn dy..n i love him 4 allah..bkn maen2..mmg ssh nk fhm hdp lki..tp seandainya dy sdar...dsaat hti ny dh brubh arah ke llki yg mmpu mnjga hti sy...sy xkn brpaling n mmbri pluang buatnya kli kedua...sbb slma ny dh trrllu bnyk sy sbr dngnnya...maaf la...jka trpksa mggunakn blog ny sbgai tmpat ntok mluahkn prsaan...rmai yg mnyruhntok sy tgglkn dy..tphti sy brat nk mlpazkn dy prgy tmbh2 dy skunk dh hmpir sthun pgy blajor jaoh...n now we r in long distance love...wht am i going 2 do....
sy dan dia dah duduk jauh,kadang ada masa dia dah kurang perhatian dengan saya sebab busy kerja.. sy ni plak selalu pk negatif dan da bmmpi 2x yg dia curang,apa lah maksudnya..hbungan kami dh 3 thun,tp dia xpnah lg tnjukkn tnda2 kt ats..mcm mne 2 ye...kwn2 bole bg pndpt x...
semuanya betul.. hati2 bila dia start tuduh and cari salah kita.. sebab dia nak tutup salah dia.. tinggalkan je dia.. sebab akan ada org yg lebih baik dari dia yg akan sentiasa tunggu kita.. jangan takut utk buat keputusan.
p/s : saya bukan ckp kosong.. sy ckp berdasarkan pengalaman sy. dan sekarang sy bahagia dgn pasangan yang baru....
Saya pula bermimpi pasal teman wanita saya curang. Dalam mimpi tu dia "membuat hubungan" dengan lelaki lain sedangkan kami sendiri pun belum bernikah. Ya Allah hati ni Allah sahaja yg tahu wlaupun ia sekadar mimpi. Mungkin Allah nk bagi clue atau ia hanya sekadar mimpi ? Fyi, kami dah 3 tahun bersama dan selama ni dia takda masalah pun. Baik orangnya dan saya pun percya dgn dia. Tolonglah, adakah mimpi sy itu hanya sekadar mimpi ? Atau apa ? Apa maksud mimpi tu ?
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
mmg btul ttg tnda2 kekasih curang 2
time kluar bersama pn smpat lg msg org lain..
x reti ke nk jg ati org???