Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... khususnya wanita
1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN" Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
a pon skrg bcnta ngn suami owg... isteri dia pon taw aku msih bhbg ngn suami dia... mslh nya kita dah bcnta sblm dia kawen... dia kawen ngn wife dia pon bkn ataz kerelaan dia sndiri... aku xtaw nk wat pe... yg pazti aku benar2 syg kat dia.. TUHAN tolonglah aku....
aku pon dcinta dgan suami org... tp kami bcnta sblum dia kwin..dia tpkse kwin sbb plihan klrga... mcm zaman kono ni kwin plihan klurga... tp aku x thu dikwin mse 2..skrg bru aku thu..2 pon wife dia tfon bg amran..sdngkan aku x thu pon di kwin...sgat2 tseksa...aku akn lpakan dia..biarlah dia dgn msjid yg dibna skrg ni...dia thu yg aku awek suami dia..tp dia nak jgk.. x pe,suatu ari 6t,org lain akn rmpas yg dia plak..biar dia rse cmne prsaan aku mse dia rmpas yg aku..
kkasih aku bkhwin dgan plihan kelurga dia...aku x thu pon dia kwin...wife dia tfon bgthu aku..tpkse aku lpakan dia dmi cinta ku pda dia...aku mhu tgk dia bhgia...skrg aku sgt2 mndrita akbat tpksa lpakan dia...TUHAN... sgala2 nya ku srah kan padamu...hanya engkau tmpat ku bserah...
kkasih aku bkhwin dgan plihan kelurga dia...aku x thu pon dia kwin...wife dia tfon bgthu aku..tpkse aku lpakan dia dmi cinta ku pda dia...aku mhu tgk dia bhgia...skrg aku sgt2 mndrita akbat tpksa lpakan dia...TUHAN... sgala2 nya ku srah kan padamu...hanya engkau tmpat ku bserah...
SY JUGA B'CINTA DENGAN SUAMI ORG, MEMANG BETUL AMAT PERIT UTK KITA M'LUPAKANNYA. LELAKI MEMANG PANDAI BERKATA2, BUKANNYA HENSEM PUN TAPI KITA ORG POMPUAN TETAP NAK JUGA. ITU LAH CINTA BUTA NAMANYA.
saya dikejar suami orang, tanpa disedari sidia menyimpan perasaan kepada saya,ahli keluarganya pun sudah mengetahui,kecuali isterinya.anaknya pun dia bawa berjumpa saya,penat nak larikan diri,dia perfect,ada semuanya yang wanita perlukan.walauapapun saya tak akan melukakan hati wanita lain,walaupun tidak saya kenali.alhamdulillah saya dapat putuskan hubungan denganya apabila sambung master dan pindah ke negeri lain.rimas dgn suami org ni.hargailah isteri dirumah.sekarang saya happy sbb tidak terjebak dlm percintaan yang terlarang dan merungsingkan,tak kisahlah walaupun single lagi.
sy nie baru je pas clash ngan suami org..sbnrnye sy btul2 x thu yg dia da kwin..rase hati nie sakit sgt coz kene tipu..sy x snggup luke kan hati wife nye & decide x nk ganggu umahtgge nye..Ambik mase jgklah nk lupe kan dia..Hrp2 pas nie sy x tjebak bcnta ngan suami org lagi..
ada benar dan tidak kenyataan diatas...saya xmenolak & menerima mentah2 kenyataan tersebut.paling mudah dikatakan...tidak lah semudah kata-kata untuk mninggalkn insan yg kita cintai setulus hati.saya sendiri bercinta dngn suami orng namun tidak ttrlintas untuk mnyakiti hati ssiapa pun.bukan saya xpernah cuba mninggalkn dia tapi soal perasaan sukar untuk dikatakan...bwat masa nie saya serahkan kepada masa&keadaan mnntukn sgalanya.yg pasti saya trlalu cintakan si dia.saya sndiri xtaw apa yg akn saya lakukan skiranya khilangan si dia.saya bleh khilangn apa ja trmasuk lah nyawa saya sndiri.yg penting si dia bahagia.xda sesiapa yg snggup mnjadi org kdua skiranya nya diberi peluang.tapi ingt lah pilihan sntiasa ada tp xsemstinya mempunyai pilihan yg dikehendaki....kepada isteri si dia,saya memohon maaf.slaku sesama wanita kita taw apa yg ada ddlm hati masing2.saya ikhlas mncintai suami anda....saya trlalu mnyayangi nyaa,,,,
ada benar dan tidak kenyataan diatas...saya xmenolak & menerima mentah2 kenyataan tersebut.paling mudah dikatakan...tidak lah semudah kata-kata untuk mninggalkn insan yg kita cintai setulus hati.saya sendiri bercinta dngn suami orng namun tidak ttrlintas untuk mnyakiti hati ssiapa pun.bukan saya xpernah cuba mninggalkn dia tapi soal perasaan sukar untuk dikatakan...bwat masa nie saya serahkan kepada masa&keadaan mnntukn sgalanya.yg pasti saya trlalu cintakan si dia.saya sndiri xtaw apa yg akn saya lakukan skiranya khilangan si dia.saya bleh khilangn apa ja trmasuk lah nyawa saya sndiri.yg penting si dia bahagia.xda sesiapa yg snggup mnjadi org kdua skiranya nya diberi peluang.tapi ingt lah pilihan sntiasa ada tp xsemstinya mempunyai pilihan yg dikehendaki....kepada isteri si dia,saya memohon maaf.slaku sesama wanita kita taw apa yg ada ddlm hati masing2.saya ikhlas mncintai suami anda....saya trlalu mnyayangi nyaa,,,,
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
TQ ....KRN MYDRKN SY.....WLUPN SAKIT TP SY HRP DPT TMPUHIY......