Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
LATTE Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan. Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.
KOPI Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.
KOPI SUSU Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!
TEH Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!
MOCHA Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.
MINUMAN SEJUK Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.
MINUMAN PANAS Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.
saya sangat suka minuman mocha tapi apa yg di catatkan tu x sama langsug dgn personaliti saya.tp perihal minuman lattle tu yg sama dgn saya...penulis slh catit kut...hehe
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
kalau suke smua jenis minuman??hahahah XD