koleksi sajak, koleksi puisi, koleksi pantun, Firasat, petua orang dahulu, petua kecantikan,

 rahsia, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan kelahiran, puisi cinta, zodiak, horoskop, tip

 Jam Masa  

 Pantun  

  Puisi/Sajak/Bingkisan  

• Puisi citra kasih di penulisan2u

• Kata dari hati

• Bingkisan buat permata hatiku

• Insan kecil

• Rasaku telah mati

• Seorg ayah sebatang galah

• Berhenti mencintaimu

• Bicara buat dua hati

• Tiada jalan kehati mu

• Bicara sekeping hati

• Hubby, darling, sweetheart

• Nakhoda pulau mutiara

• Dewi Rindumu

• Teman tapi beda

• Biar sempurna

• Aku dan kamu

• Cinta seketika

• Kerinduan bertemu kembali FFBTSA

• Kepada kau yg terindah

• Seperti dulu, Abah

• Kehidupan di dunia

• Cinta dan senyuman

• Epilog sebuah cinta

• Derita cinta semalam

• Kau Terluka

• Cinta tinggal di hati

• Cinta terakhir

• Sekeping nota buatmu

• Berakhirnya sebuah cerita

• Andai waktu itu mampu aku takluk

• Jiwa ku di gegar

• Sepi sekeping hati

• Guru Oh Guru

• Kerna ego seorang lelaki

• Janji Cikgu

• Ibu

• Kau ratu hatiku

• Khas untuk awak

• kekasihku

• Untuk kehidupan yg lebih pasti

• Mereka berkata aku berkata

• Bukan aku tak sudi

• Bila aku jatuh cinta

• kenangan

• Hadirnya hanya sekali

• Anakku

• Luahan seorang perindu

• Bicara buat isteri

• Apa yang kau rasa aku rasa

• Teman dan sayang

• Renungan Terakhir

• Sayap kasih

• Lagenda puteri balqis

• Ditakdirkan Bersama

• Perlukah aku tunduk

• Seandainya ku tahu

• Teman

• Perempuan impian

• Setandingkah kita

• Maafkan ku

• Buatmu permata jiwa

• Lagu untukmu

• Kalaulah mak ada lagi

• Yayang, saya dah penat

• Awak, saya sakit hati

• Masihkah ada rindu padaku

• Berkatalah hati

• Muhasabah diri

• Terima kasih

• Kesetiaan kita

• Titisan malam

• Sayang abang

• Perjalanan mencari kiambang

• Yang bergelar wanita

• Hutan Lebat di hatiku

• Suaramu mengalun di telinga

• Seandainya aku

• Anganku

• Mengenalimu

• Tiada lagi

• Kau

 Zodiak/Horoskop/Rahsia   

• Rahsia handphone untuk kecemasan

• Rahsia lelaki melalui cara ciuman

• Index cemburu lelaki mengikut horoskop

• Rahsia tapak tangan lelaki

• Rahsia disebalik tarikh kelahiran & pasangan ideal

• Rahsia melalui tulisan Dato Dr Fadzilah kamsah

• Rahsia sifat wanita mengikut Primbon jawa

• Rahsia warna lipstik

• Rahsia perwatakan melalui bentuk kuku

• Rahsia disebalik nombor rumah anda

• Rahsia disebalik bahasa tubuh lelaki

• 11 Titik rahsia wanita

• Rahsia disebalik Ais

• Rahsia perwatakan anda disebalik kuku

• Rahsia sebalik gerak laku

• Rahsia disebalik hidung

• Rahsia disebalik bersin

• Rahsia disebalik dahi

• Rahsia personaliti disebalik coklat

• Rahsia warna dan corak tali leher

• Rahsia punggung anda

• Rahsia disebalik bunga

• Tabiat wanita mengikut hari kelahiran

• Rahsia kiraan tarikh lahir

• Rahsia huruf pertama nama anda

• Rahsia disebalik baju T

• Rahsia hadiah & makna

• 1001 rahsia mimpi

• Rahsia gerakkan anggota badan

• 15 Rahsia senyum & tawa

• Pikat dia melalui tarikh lahir

• Rahsia personaliti diri

• Rahsia diri melalui kentut

• Rahsia diri dari gerak jari

• Rahsia Personaliti wanita dari cara berjalan

• Rahsia personaliti dari bulan kelahiran islam

• Wanita dan hari kelahiran

• Rahsia ejaan nama

• Rahsia garis tapak tangan

• Rahsia melalui buah disukai

• Rahsia melalui minuman anda

• Rahsia diri melalui jenis darah

• Rahsia diri berdasar haiwan

• Rahsia diri melalui percutian

• Rahsia diri melalui tulisan

• Rahsia lelaki & warna pilihan

• Rahsia Syg & bulan kelahiran

• Rahsia Ciuman tersayang

• Rahsia diri melalui bantal

• Rahsia disebalik si dia makan

• Rahsia disebalik baju lelaki

• Rahsia mata wanita

• Rahsia disebalik senyuman

• Rahsia pemakanan genius Islam

• Rahsia menangis dan ketawa

• Psikologi warna

• Rahsia peribadi mengikut email

• Karektor kerja vs Zodiak

• Haiwan dan Zodiak

• Kasih sayang mengikut bulan

• Firasat tahi lalat

• Pastikan no peribadi anda

• Birthday- colour nature

• Rahsia bibir wanita

• Rahsia ciuman lelaki

• Kenali lelaki melalui rambutnya

• Rahsia diri pada hari dilahirkan

• Rahsia tarikh lahir pasangan

• Rahsia bulan lahir dan sikap

• Rahsia hari lahir wanita

• Zodiak vs ciuman

• Mengenali lelaki melalui zodiak

• Pilihan kerjaya melalui zodiak

• Personaliti dari kiraan tarikh lahir

• Rahsia wanita melalui bulan kelahiran

    Petua/Tip   

• Panduan memilih kamera digital

• Panduan memahami pasangan

• 10 cara membina motivasi diri

• Tip untuk menjadi kaya

• Tip bantuan kecemasan

• Tip memutuskan percintaan

• Tip hadapi suami yg sensitif dan pemarah

• Tip hadapi musibah cinta

• Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkan

• 10 Tip Rancang perkahwinan

• Tip untuk survive percintaan jarak jauh

• 7 tip tampil menawan

• 14 tip beli jiwa sahabat

• 6 Tip elak mengantuk di pejabat

• Tip bagaimana menjadi suami yang hebat

• Tip penjagaan kasut kulit

• Tip rancang perbelanjaan

• 10 tip cantikkan diri untuk wanita

• Tip Langkah merancang perbelanjaan anda

• Tip tangani marah

• 9 Tip cemerlang belajar sambil berkerja

• Tip tidur dengan sempurna

• Tip jimat cermat

• Tip pengunaan kad kredit

• Tip memakai minyak wangi

• Teknik bersolek

• Teknik Menghairahkan suami

• Tip manuskrip di terima atau ditolak

• Tip hias bilik si Cilik

• 8 Tip untuk hamil

• Petua ransang anak belajar

• 10 petua hadapi periksa

• 50 tip pikat lelaki

• Tip pertimbangan kahwin

• Tip elak trauma kecewa

• Tip menjadi terkenal di kalangan teman

• Tip trade in kereta

• Tip tampil bergaya

• Petua untuk suami

• Tip membeli tayar kereta

• Tip pencahayaan di taman

• Tip cegah jenayah

• 60 petua mencari jodoh

• Cara Menghafal Al-Quran

• 30 Petua Bahagia

• Tip beraya kerumah kekasih

• 12 Cara tingkat harga diri

• Petua Ilmiah eratkan suami isteri & rumahtangga

• Panduan bajet utk kahwin

• Tip pahami cemburu wanita

• Tip mengatasi masalah dalam perniagaan

• Tip melalui putus cinta

• Tips Dating dengan pasangan internet yang baru kenali

• Cara Menghafal Al-Quran

• Teknik belajar PQRST

• 35 Petua belajar cemerlang

• Tip memilih pasangan yang sesuai

• Panduan berdamai

• Petua mencuci hati

• 8 Lokasi mencari pasangan

• 10 tip memelihara cinta sejati

• 7 Langkah cegah bau kaki

• Petua hadapi pertengkaran

• Tip bagaimana berhadapan dengan suami

• Check skill bersembang

• 14 Tip atasi jerawat

• 10 perkara sebelum dating

• Antara lelaki dan perempuan

• Tip agar mudah tidak ditipu

• 10 perkara lelaki patut lakukan kpd teman wanita sewaktu period

• Tip kurangkan perasaan malu

• 10 cara ucapkan i Love U

• 10 perkara yang memeranjatkan dalam perkahwinan

• 8P tip kebahagian rumahtangga

• 10 perkara tak boleh diucapkan

• 8 Cenderahati paling berharga

• Tips mengikut isteri shopping

• 10 Resepi rahsia cinta

• Koleksi Tip

• Tip sihat Rasulullah S.A.W

• Tip kekeluargaan

• Tip Mengurangkan tekanan

• Petua Kurus tanpa ubat

• Tip cepat anak membaca

• Mencantikan kulit muka

• Memutihkan dan mengilat gigi

• 9 Petua hilangkan jerawat

• 3 petua hilangkan parut jerawat

• 5 petua mengempiskan perut

• Membuang lemak badan

• Melansingkan tubuh

• Menghilangkan bulu ketiak

• Mengatasi kulit pecah merekah

• Meluruskan rambut

• Menghilangkan parut campak

• Mengelakkan keguguran rambut

• Menghilangkan parut

• Merawat kulit berkedut

• Melembutkan rambut

• Menghilangkan bau badan

• Menghaluskan kulit badan

• Tegang dan haluskan kulit muka

• Pelbagai koleksi petua di dapur 2

• Pelbagai Koleksi petua di dapur

• Menghilangkan kegatalan faraj

• Petua melunakkan suara

• Petua menegangkan payu dara

• Tip cinta suami isteri

• Tip teman perempuan shopping

• Rahsia petua melayu lama

 Lain-Lain  

• 6 kesalahan besar semasa berpacaran

• 7 Tanda wanita mengoda lelaki

• 10 penyebab dicintai Allah

• 10 jenis makanan anti kolekstrol

• Terapi pernafasan untuk sakit kepala dan keletihan

• 10 Nasihat untuk memahami -Al-quran

• 9 ciri gadis yang bukan favorite dijadikan isteri

• 10 fakta tentang mimpi

• 10 tabiat yang merosakkan otak

• jangan memihak ketika anak bergaduh

• Mitos dan fakta dalam percintaan

• 80 Kaedah urutan

• 8 cara Memberi & menerima

• 10 cara membahagiakan ibubapa

• 10 Sebab kenapa pilih pasangan berusia

• Wanita yang wajib dijauhi oleh lelaki

• 10 Kualiti lelaki buruan wanita

• 7 Kesilapan lazim dalam mengurus wang

• 22 ciri org mencintai kamu

• 10 sikap TERLALU yg harus hindari dalam hubungan

• Perbezaan handphone original, Ap, underwater

• Ibubapa harus berterus terang

• 12 Alasan lelaki tamatkan zaman bujang

• 4 Cara jatuh cinta

• Perbezaan sifat lelaki dan perempuan

• 1001 kebaikan pisang

• Kenali Keikhlasan si dia

• 10 Alasan anda di pilih atau direject oleh si Dia

• Cara si dia menguji cinta

• 8 alasan tolak cinta bestfriend

• 10 Ciri wanita perlu lelaki hindari

• 8 Ciri lelaki buruan wanita

• 8 Sebab si tampan masih single

• 6 Doa mengelak kena sihir

• Makanan yang wajib di makan setiap hari

• 14 Kuasa Hebat Teh

• 6 Kesalahan fesyen

• Jangan percayai horoskop

• Sifat yang menghilangkan bahagia di hati

• Banyak untung kalau kenal lelaki dari Dr Hm Tuah

• 8G lelaki yang dibenci oleh wanita

• 10 cara menakutkan jiran

• Apa itu Cinta

• Ciri-ciri sahabat baik

• Kenali Tali gantung

• 40 Kesilapan ibubapa mendidik anak

• Pantang larang bakal pengantin melayu

• Beza cinta lelaki dengan perempuan

• Kuasa pujukan wanita

• 40 Dalil lelaki tidak layak di gelar suami

• 22 pendidikan anak-anak

• 7 Kriteria suami ideal

• Tanda kekasih curang

• Kekasih nak rujuk, bagi peluang atau tidak

• Kurus dengan buah

• Rahsia khusyuk dlm solat

• Tanda-tanda si dia pokai

• 10 Perkara elakkan dalam percintaaan

• 7 Ciri positif orang berjaya

• 10 Kunci persahabatan

• 30 tanda anda jatuh cinta

• 6 Cabaran ada BF kacak

• 10 Seksaan perempuan

• Renungkan kalau bercinta dengan suami orang

• Anda stress tertekan? semoga ini dapat membantu anda

• 7 Makanan cegah batuk dan selsema

• 7C sebab suami benci

• 6 tanda terlebih beri cinta, akibatnya & tindakan sebaiknya

• 6 Sebab jangan simpan benci

• Tanda-tanda cinta berakhir

• 10 Ciri lelaki kasanova

• Mengenal potensi diri

• 10 Ciri perempuan pisau cukur

• Cinta Tergoda atau ternoda

• 10 langkah si dia Usha kamu

• 10 Tanda si dia anak emak

• 6 Perkara buat lelaki panas

• 5 Kesilapan Bercinta

• 20 alasan kenapa tidak perlu ucap maaf

• Tanda lelaki itu suami orang

• 30 perkara yang perempuan tidak sempat bagitahu lelaki

• 20 sifat lelaki yang perempuan benci

• Tanda awal kanser

• Kenali punca dan bahaya strok

• Hilangkan keletihan ketika kerja

• Kebaikan vitamin C

• Kunci berhenti merokok

• Khasiat kismis, kurma dan madu

• Info kesihatan

• larangan dan peraturan

• Adab-adab makan

• 20 Perkara perempuan tidak suka

• Tanda-tanda wanita tergoda

• Apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita

• Wangian melambangkan diri

• Tanda gerakan diseluruh badan

• 8 Tanda lalu-lintas cinta

• 50 perbezaan lelaki dan wanita

• kecantikkan lelaki kegagahan wanita

• Khas untuk lelaki

• Tanda kematian untuk orang islam

• Dara melalui tapak tangan

• 10 Pesanan berguna kehidupan

• 8 Petanda dia adalah jodoh kamu

• 10 Perkataan lazim kaum hawa

• 10 Pesanan untuk kehidupan

• Bila masa isteri berahi

• 9 Perkara yang tidak boleh di bincangkan dengan lelaki

• Sifat wanita melalui unsur

 Info Tetamu   

 Malaysia Blogger   

All Malaysian Bloggers Project
 
 

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 
 

 

 

MASUKKAN EMAIL ANDA UNTUK MENDAPAT TOPIK-TOPIK YANG TERBARU DAN AKAN DATANG, TERUS KE EMAIL ANDA :-

 

email :

 

31 Mac, 2008
Anda Stress, Tertekan? Semoga Membantu Anda


PUNCA-PUNCA STRESS ATAU STRESSOR DALAM PERHUBUNGAN CINTA

Untuk mempastikan individu yang bercinta dapat menangani stress dengan baik, mereka seharusnya tahu tentang punca-punca atau stressor yang terlibat. Tanpa mengetahui punca-punca atau stressor kaedah menangani stress tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress samada ianya telah dijangkakan atau tidak dijangkakan oleh pasangan yang terlibat. Lebih elok sekiranya kedua-dua pasangan tersebut peka terhadap punca-punca ini agar dapat saling membantu menangani stress yang berlaku. Ini akan membantu membentuk keharmonian dan mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan. Berikut adalah antara punca-punca stress atau stressor yang biasa berlaku dalam percintaan.

1. Perubahan yang berlaku dengan mendadak.
Apabila seseorang itu jatuh cinta pelbagai perubahan akan berlaku kepada dirinya. Perubahan yang paling ketara ialah dari segi emosi. Hemstetter (1991) menyatakan bahawa manusia tidak secara logik atau sengaja jatuh cinta sebagai sebahagian daripada perancangan strategik yang dirancang dari awal. Apabila seseorang jatuh cinta, emosinya akan mengambil alih dan memandunya dan biasanya minda emosi dan bukan minda logikal yang mengawal dirinya. Semakin erat hubungan itu, semakin kuat emosinya. Oleh itu, sekiranya perasaan menjadi tidak terkawal, individu akan mudah menjadi stress kerana individu tersebut menjadi lebih emosional.

2. Perbezaan
Ketidakupayaan untuk menerima perbezaan samada dari segi personaliti, tingkahlaku, cara kehidupan, nilai dan lain-lain juga boleh menyebabkan tahap stress yang signifikan. Lazimnya seseorang yang lebih cepat menyesuaikan diri dan menerima hakikat perbezaan akan dapat menangani stress dengan lebih cepat berbanding dengan seseorang yang kurang fleksibel dan sukar menerima perbezaan. Tahap penyesuaian biasanya bergantung kepada betapa besar jurang yang timbul akibat perbezaan. Lebih besar perbezaannya, maka lebih sukarlah untuk menyesuaikan diri.

3. Kepercayaan tidak rasional atau tidak realistik
Kepercayaan yang tidak rasional dan realistik dalam perhubungan juga boleh menyebabkan stress. Berikut adalah contoh pemikiran tidak rasional dan tidak realistik:

· pasangan saya mesti membahagiakan saya sentiasa
· suami saya mesti memberi apa yang saya inginkan sekiranya dia benar-benar mencintai saya.
· Saya tidak boleh gagal dalam hubungan kali ini

Kehadiran pemikiran-pemikiran sebegini sebenarnya hanya akan membebankan pasangan. Individu yang berfikiran demikian pula akan menjadi sangat tertekan sekiranya kehendaknya atau apa yang difikirkan itu berbeza atau tidak kongruen dengan apa yang dialami. Terlalu banyak pemikiran tidak rasional dan tidak realistik dalam perhubungan hanya akan menimbulkan konflik sekiranya pasangan tersebut tidak sehaluan dan tidak memiliki cara pemikiran yang sama.

4. Tahap komitmen yang berbeza
Menurut Corey & Corey (1997), cinta atau kasih sayang bermakna anda memberi komitmen kepada pasangan. Namun demikian komitmen ini tidak bermakna anda menyerahkan seluruh kehidupan anda kepadanya dan bukan juga bermaksud hubungan ini akan tentu kekal selamanya. Komitmen menunjukkan kesediaan untuk bersama dalam kesakitan, ketidakpastian, kesusahan dan keperitan serta di waktu tenang dan gembira. Stress boleh disebabkan tahap komitmen yang berbeza antara pasangan ataupun tidak wujud langsung komitment pada salah seorang atau kedua-dua belah pihak. Lazimnya pihak yang lebih komited akan merasa stress kerana merasakan hanya dirinya sahaja yang mengambil berat tentang hubungan tersebut.

5. Kehadiran konflik dalam perhubungan
Tiada perhubungan yang tidak pernah mengalami konflik. Konflik adalah perkara biasa dalam kehidupan, malah boleh dianggap sebagai asam garam kehidupan. Namun demikian konflik yang dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan stress yang kronik dan menghakis sesuatu perhubungan secara sedar atau tidak sedar. Konflik boleh berbentuk perkara yang remeh temeh seperti perbezaan pendapat hinggalah yang lebih serius seperti pergaduhan besar. Konflik boleh berpunca dari perbezaan keperluan, keinginan, kesukaan, minat, pendapat, kepercayaan atau nilai.


6. Halangan komunikasi
Desakan kehidupan adakalanya menghalang pasangan untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kesibukkan, kepenatan dan sikap tidak endah dan tidak menyedari keperluan komunikasi berkesan boleh menyebabkan hubungan menjadi hambar lalu runtuh. Stressor sebegini boleh mengakibatkan tekanan perasaan kerana luahan hati tidak didengari dan boleh menyebabkan kes-kes perceraian sekiranya pasangan telah berkahwin. Komunikasi yang kurang berkesan juga boleh menimbulkan salah faham dan curiga diantara pasangan.

7. Kurang kepercayaan dalam perhubungan
Kepercayaan adalah teras sesuatu perhubungan terutama dalam perkahwinan. Hubungan yang kukuh dan bahagia hanya akan dinikmati sekiranya pasangan saling mempercayai dan menghormati privacy pasangan masing masing.Tiadanya kepercayaan dalam sesuatu perhubungan akan menyebabkan seseorang itu cuba mengawal dan memerhatikan setiap gerak geri pasangannya. Ini menimbulkan stress kerana tugas yang bertambah dan kehadiran perasaan syak wasangka yang adakalanya sukar dikawal. Di samping itu pasangan akan rasa tidak selesa dan terkongkong dalam aktiviti hariannya.Akibatnya, kedua-duanya akan mengalami stress.

8. Pengurusan Masa
Percaya atau tidak masalah pengurusan masa juga merupakan punca stress yang agak signifikan dalam perhubungan. Apabila menjalinkan hubungan dengan seseorang hidup individu bukan lagi berkisar pada diri sendiri tetapi ada pihak kedua yang mengharapkan perhatian dan masa. Biasanya masalah ini lebih ketara di peringkat awal perhubungan di mana pengurusan masa perlu dirombak sama sekali untuk memberi ruang kepada pasangan baru. Namun perkara seperti ini turut berlaku di peringkat telah berkahwin terutama sekiranya masa perlu dibahagikan antara rumahtangga, anak-anak dan kerjaya. Pengurusan masa yang tidak cekap dan tidak fleksibel meningkatkan kemungkinan stress.

9. Kehadiran ancaman terhadap perhubungan
Apabila berada dalam perhubungan yang intim, kehadiran sebarang ancaman terhadap kesejahteraan hubungan boleh mengakibatkan stressor. Ancaman ini mungkin berbentuk kehadiran orang ketiga, pergaduhan yang berpanjangan,krisis atau perubahan besar dalam kehidupan, jarak yang memisahkan dan lain-lain. Akibat daripada kehadiran ancaman ini individu akan mengalami pelbagai perasaan seperti salah sangka, cemburu, ingin tahu, curiga, risau dan lain-lain. Perasaan yang dirasakan seperti bimbang dan curiga ini hanya akan menghakis tenaga seseorang sekiranya tidak diredakan dengan segera. Menurut Orman (2002) salah satu sebab individu merasa bimbang ialah kurangnya rasa percaya samada terhadap kemampuan diri sendiri atau orang lain.Sekiranya pasangan mempercayai satu sama lain, walau apapun berlaku, mereka akan tetap teguh bersama .


10. Campurtangan orang luar
Campur tangan orang luar dalam perhubungan boleh bersifat posif atau negatif. Campurtangan positif amat digalakkan untuk membantu pasangan mengetahui tentang realiti kehidupan dan tidak hanyut tanpa panduan. Pasangan yang baru bercinta mungkin mengalami lebih banyak campurtangan luar seperti dari kaum keluarga, kawan-kawan dan lain-lain yang pada niatnya adalah untuk membantu. Namun campurtangan yang tidak sihat boleh mengakibatkan konflik dan stress kepada pasangan dan mendatangkan kesan tidak baik kepada perhubungan. Pasangan yang mudah terpengaruh dengan hasutan pihak luar mungkin mengalami masalah mempertahankan perhubungan.


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERCINTA AGAR TIDAK BERLAKU STRESS

Stress boleh dielakkan sama sekali sekiranya individu mengetahui apa yang menyebabkannya. Adalah lebih baik mengelakkan stress daripada cuba mengatasi stress setelah ianya berlaku. Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk mengelakkan stress dalam hubungan percintaan dengan lebih berkesan.

1. Jangan mengharapkan pasangan anda untuk memenuhi segala impian dan kehendak anda.
Pasangan anda tidak bertanggungjawab untuk menjamin kebahagiaan anda. Oleh itu ada kemungkinan harapan, impian dan kehendak anda tidak dapat dipenuhinya kerana dia juga mempunyai harapan, impian dan kehendak diri sendiri yang perlu dipenuhi. Pasangan yang bahagia bersedia untuk berkongsi apa yang ada dan tidak memaksa satu sama lain untuk menjadi alat mencapai impian.

2. Jangan letakkan kebahagiaan anda di tangan pasangan anda semata-mata.
Kebahagian tidak terletak ditangan sesiapa melainkan diri sendiri. Menurut Abraham Lincoln, kebahagian terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Sekiranya individu berfikiran positif dan gembira, begitu jugalah kehidupannya. Kesilapan meletakkan keseluruh kebahagian kepada pasangan menambah kelemahan individu kerana sekiranya sesuatu berlaku kepada pasangan atau perhubungan dia akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.

3. Elakkan cuba mengubah kekasih anda.
Setiap individu adalah hasil dari pembentukan personaliti yang memakan masa bertahun-tahun. Adalah mustahil bagi kita untuk mengubah pasangan mengikut citarasa sendiri. Tingkatkan empati dan cuba memahami pasangan dari perspektif dirinya pula. Apakah perasaan anda sekiranya pasangan anda cuba untuk menukar diri anda yang sebenar? Sebagai alternatif, anda boleh mencuba untuk berdiplomasi dengan pasangan dan meminta dia lebih peka tentang aspek-aspek yang anda senangi atau kurang senangi tentang dirinya tanpa menimbulkan konflik. Pengukuhan positif juga boleh dilakukan bagi membantu pasangan menonjolkan sikap yang lebih anda senangi.

4. Jangan terlalu serius dalam perhubungan.
Kita mesti memandang serius sesuatu perhubungan tetapi jangan terlalu serius dalam perlaksanaanya. Cinta adalah untuk dinikmati bukan untuk menyiksa seseorang individu. Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu terkawal boleh menimbulkan ketegangan dan stress kepada pasangan. Relaks dan cuba menikmati setiap detik yang berlalu dengan lebih bermakna.

5. Jangan memendam perasaan sekiranya berlaku konflik atau pertengkaran.
Ada pasangan yang mengelak daripada membincangkan isu-isu yang menimbulkan konflik malah ada yang tidak mengakui kewujudan konflik dalam hubungan mereka. Kegagalan ini hanya akan merumitkan keadaan kerana akan ada pihak yang tidak puas hati. Dalam ertikata lain ianya hanya akan menjadi ‘kudis yang bernanah’ sekiranya tidak diubati.

6. Sekiranya berlaku konflik, jangan serang pasangan anda secara peribadi.
Sekiranya ada sesuatu konflik, cuba bincangkan secara rasional dan elakkan menyalahkan satu sama lain. Antara kesilapan yang biasa dilakukan ialah, pasangan mula mengungkit keburukan satu sama lain dan terlupa tentang nilai perhubungan yang sebenar. Masing-masing akan cuba mempertahankan diri sendiri walaupun adakalanya, punca pergaduhan adalah pihak ketiga. Adakah berbaloi memenangi perbalahan tersebut sekiranya ia hanya akan meningkatkan tahap stress anda?

7. Elakkan terlalu mengawal pasangan anda.
Sikap yang terlalu mengawal akan menimbulkan kebosanan kepada pasangan kerana merasakan diri tidak dipercayai. Kepercayaan antara satu sama lain harus menjadi asas dalam perhubungan percintaan. Sekiranya tidak, konflik mungkin akan timbul dan pasangan akan cuba mencari jalan keluar untuk bebas dari rasa terkongkong.


PENGURUSAN STRES BERKESAN

Langkah utama dalam pengurusan stress yang berkesan ialah menyedari bahawa anda sedang mengalaminya. Ramai juga bertindak tidak memperdulikan stress yang berlaku dan berlagak seolah-olah segalanya sempurna dan tidak mengalami masalah. Mengenalpasti stressor dengan tepat akan memudahkan lagi langkah-langkah menangani stress dan berikut disenaraikan beberapa cadangan yang praktikal tentang cara-cara pengurusan stress yang berkesan.

1. Kenali pasangan anda.
Sebelum sebarang keputusan diambil untuk meneruskan perhubungan seeloknya anda perlu mengenali dan menilai pasangan anda. Disinilah letaknya kepentingan berterus terang antara pasangan. Sekiranya pasangan bersikap jujur maka anda akan lebih mudah menjangkakan perjalanan perhubungan anda. Ini menentukan samada tahap stress dapat dijangkakan dengan baik.
Menurut Tresl (2000) kita perlu menilai pasangan dengan mata terbuka dan cuba melihat kepada tiga aspek utama untuk menentukan samada perhubungan layak dipertahankan atau tidak. Tresl (2000) menekan aspek tiga C iaitu chemistry atau daaya tarikan yang wujud, compatibility atau keserasian dari pelbagai aspek dan common values atau perkongsian nilai-nilai yang sama. Sekiranya tiga aspek ini tidak wujud atau kurang, maka adalah lebih baik hubungan tidak diteruskan untuk mengelakkan stress.

2. Belajar untuk menerima pasangan anda.
Sekiranya terdapat perbezaan antara anda dan pasangan anggaplah ia sebagai satu keistimewaan. Hargai perbezaan yang wujud dan gunakan sumber yang ada untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang pasangan anda. Sternberg (1988) menegaskan kepentingan untuk mencintai pasangan anda yang ‘sebenar’ dan bukannya pasangan yang anda inginkan menjadi seorang yang ideal. Ini kerana kehidupan adalah satu realiti dan tidak mungkin kita mendapat pasangan yang ideal, tanpa sebarang cacat cela. Corey & Corey (1997) menyatakan bahawa cinta bermaksud seseorang itu menghormati harga diri pasangannya. Sekiranya seseorang mencintai pasangannya, dia mesti mampu melihat pasangan sebagai individu yang berasingan, yang mempunyai nilai, fikiran dan perasaan tersendiri.

3. Lihat perhubungan secara realistik
Agar sukar untuk menukar cara kita berfikir, namun demikian pasangan yang ingin mengelakkan stress dari berlarutan harus melihat perhubungan dari segi yang lebih realistik. Contohnya, tidak semua perhubungan akan berjalan lancar, tanpa dugaan dan tidak semua pasangan mempunyai objektif yang sama sepanjang kehidupan bersama. Dalam perhubungan yang sebenar, pasangan tetap akan mengalami ketidaksempurnaan, pergaduhan dan perasaan tidak puas hati. Tetapi yang lebih penting ialah cara pasangan itu mengatasi masalah dengan baik. Berfikir dengan lebih rasional dan bukannya emosional akan dapat mengelakkan pasangan merasa terlalu stress dan ini membantu hubungan untuk menjadi lebih harmoni.

4. Penyelesaian konflik secara sihat.
Tugas ini menjadi lebih mudah sekiranya pasangan saling mempercayai satu sama lain. Menurut Nadig (2000), dalam artikelnya Relationship conflict: Healthy or UnHealthy, kedua-dua pasangan mesti melihat konflik sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan bersama, bukannya oleh salah seorang sahaja. Pasangan mesti menglibatkan diri secara aktif dan berusaha serta memiliki komitmen untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian yang adil dan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak. Antara tahap-tahap penyelesaian konflik yang berkesan ialah mengenalpasti masalah, memikirkan beberapa penyelesaian yang mungkin dan setiap jalan penyelesaian haruslah dinilai oleh pasangan. Selepas itu pasangan haruslah memilih jalan penyelesaian terbaik, melaksanakan perancangan tersebut, dan akhirnya adakan susulan sekiranya jalan penyelesaian yang dipilih kurang sesuai.

5. Mengamalkan komunikasi berkesan
Talking is sharing but listening is caring anonymous

Komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam perhubungan. Pasangan anda tidak semestinya dapat meneka apa yang anda rasakan. Tanpa komunikasi, perhubungan hilang kemesraan dan menjadi kepompong tanpa makna. Cara komunikasi berkesan dapat diterangkan dengan ringkas melalui konsep LOVE. L atau listening iaitu mendengar merupakan aspek utama dalam memastikan komunikasi berkesan. Pasangan yang kurang mendengar luahan hati pasangannya akan menghadapi kegagalan komunikasi. Ini diikuti dengan O atau observation iaitu melihat bahasa bukan lisan yang ditunjukkan oleh pasangan. V atau verbal response iaitu respon lisan tentunya memainkan peranan penting agar kemesraan tetap subur. Dan untuk memastikan keintiman dan sikap saling memahami E atau Empati juga diperlukan supaya setiap individu merasakan apa yang dirasa oleh pasangannya. Dengan mengamalkan komunikasi berkesan hubungan dapat dieratkan dan dikekalkan dengan lebih efektif.

6. Tanamkan kepercayaan terhadap pasangan
Menurut Orman (1994), memandangkan janji janji yang diberikan adalah landasan kepada penyatuan dua insan yang berkahwin, setiap individu perlu memberi kepercayaan kepada pasangannya untuk memenuhi janji itu dengan penuh kesetiaan. Namun demikian, setiap pasangan mesti menghormati kepercayaan yang diberikan dan ianya bukan lesen untuk mengkhianati pasangan masing-masing. Salah satu cara untuk memupuk kepercayaan ialah dengan selalu berkomunikasi tentang aktiviti masing masing dengan jujur dan mengelakkan berbohong kepada pasangan anda.

7. Pengurusan masa yang efektif.
Teknik pegurusan masa yang boleh digunakan adalah sama seperti dalam situasi lain tetapi mungkin memerlukan sedikit kelenturan bagi memberi ruang bagi aktiviti bersama yang tidak dirancang. Antara langkah-langkah pengurusan masa efektif ialah mengamalkan kelenturan, mengetahui batasan dan kemampuan diri, tentukan keutamaan sesuatu tugas, amalkan pembahagian tanggungjawab, mengamalkan sikap asertif, simpan jadual masa peribadi dan rehat secara teratur. Sekiranya masa anda dapat diuruskan secara efektif tanpa membelakangkan kepentingan pasangan anda, kemungkinan besar stress akan dapat dikurangkan.

8. Bersikap asertif dan jangan mudah terpengaruh
Salah satu sumber stress yang utama ialah tidak mampu untuk memberitahu orang lain apa yang difikir dan dirasakan dan ini berkait dengan sikap asertif. Stres yang berlaku akibat campurtangan orang lain dalam kehidupan memerlukan anda menjadi lebih assertif dalam membuat keputusan dan menyatakan apa yang anda rasakan betul. Menurut Youngs (1986), sikap asertif ialah memiliki apa yang diingini, termasuk perasaan anda dan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas orang lain. Sikap asertif juga ialah menyatakan sesuatu dengan cara yang diterima orang lain tanpa rasa mereka dipersalahkan dan memberi peluang kepada mereka untuk memberi maklumbalas. Ini bermaksud dengan bersikap asertif anda akan mendapat apa yang anda inginkan dan pada masa yang sama tidak melukakan hati mana-mana pihak. Keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran.

9. Amalkan teknik relaksasi secara bersama
Terdapat banyak teknik-teknik relaksasi yang boleh diamalkan untuk mengurangkan stress. Sekiranya anda berpeluang untuk melakukannya bersama pasangan ia mungkin menjadi lebih menarik. Pasangan bercinta terutamanya yang telah berkahwin boleh mengamalkan teknik relaksasi secara bersama seperti senaman, urutan dan lain-lain untuk menenangkan fikiran di samping meningkatkan kemesraan satu sama lain. Relaksasi juga boleh dilakukan dengan melancung ke tempat-tempat menarik, menghadiri persembahan teater atau musik yang digemari oleh kedua-dua belah pihak dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti sebegini memastikan bahawa kedua-dua belah pihak berada dalam tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik di samping membuka peluang komunikasi dengan lebih luas.

10. Lihat perkara dari perspektif yang berbeza. Amalkan humor.
Adakalanya masalah yang serius sebenarnya tidaklah seteruk yang dijangkakan sekiranya dilihat dari perspektif yang berbeza. Melihat kehidupan secara humor boleh membantu menangani stressor kerana tubuh kita akan berada dalam mod berjaga-jaga. Ini akan menyeimbangkan fikiran dan membolehkan kita berfikir dengan lebih rasional. Emosi yang gembira secara langsung memberi kesan positif terhadap sistem imun badan yang merendahkan mengeluaran hormon stress. Ia juga meningkatkan penghasilan hormon endorfin yang merupakan penawar stress yang berkesan. Selain itu ketawa menghasilkan kesan relaks dan melancarkan perjalanan darah. Suasana yang riang dalam perhubungan memang dengan jelas dapat meningkatkan kemesraan dan menjamin kesihatan fizikal yang lebih baik

11. Luangkan masa yang berkualiti bersama.
Menurut Crane (dalam Ziglar,1997), cinta disuburkan dengan layanan dan ekspresi cinta. Cinta akan berkarat sekiranya tidak digilap dengan minat, penglibatan dan ekspresi cinta yang berterusan. Oleh itu pasangan yang bercinta terutamanya yang berada di alam perkahwinan perlu meluangkan seberapa banyak masa yang berkualiti bersama agar perasaan cinta tidak menjadi malap. Menurut Crane lagi sekiranya kita sering membajai cinta secara bersungguh dan berterusan, aspek aspek positif dalam perkahwinan akan bertambah dan aspek negatif akan menjadi lemah. Ini secara tidak langsung akan menghindari kejadian stress akibat kurangnya komunikasi atau kepercayaan terhadap pasangan kerana kebanyakkan aktiviti dilakukan bersama.

Pengurusan stress yang sistematik akan dapat membantu individu dan pasangan membentuk perhubungan yang lebih selesa, mesra dan diharapkan berkekalan. Oleh itu, teknik-teknik yang betul perlu diketahui agar pelaksanaanya lebih berkesan.
posted by BLOGGER @ 3:38:00 PG  

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 

MENARIK BERSAMA RAKAN NIAGA ONLINE


 

BUKU PILIHAN TERBAIK UNTUK PARA IBU


Dr Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.

 

Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.

 

Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam Majalah & Surat khabar tempatan.

 

Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.

 

MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka

 

Harga : RM26

Penerbit : Kaki Buku Enterprise

Istimewa Untuk Anda  

 Nurkilan Terbaru  

Ikuti Blog ini | Follow This Blog

 Iklaneka  

BANNERMISSNOR

 Bilik Sembang   

JOM BERSEMBANG KLIK DISINI

 infomasi  

KATA KUNCI

Sajak, koleksi sajak, koleksi puisi, pantun, pantun perkahwinan, pantun jenaka, pantun nasihat, petua, petua kecantikan, petua jerawat, firasat, firasat thi lalat, firasat mimpi, rahsia tarikh, rahsia lahir, rahsia warna, rahsia disebalik, rahsia, rahsia tarikh lahir, rahsia mimpi, puisi, puisi cinta, zodiak, horoskop, tip, tanda, perkara

UCAPAN

16/5/2007:
Selamat Menyambut Hari Guru 2007 dan Hari Ibu, tahun baru misi baru, semoga terhibur bersama blog kami

FADHILAT

1)-Barangsiapa membaca ayat kursi ketika mengiringi tiap-tiap solat fardhu, maka diampuni dosanya dan di hapuskan Allah daripadanya tiap-tiap kejahatan.

2)-Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya- pepatah arab-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya



TAG

Sajak, koleksi sajak, pantun, pantun jenaka, pantun nasihat, petua, petua kecantikan, petua jerawat, rahsia, rahsia tarikh lahir, rahsia mimpi, puisi, puisi cinta, zodiak, horoskop

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net

 Radio Online   

• Radio KaryaFM menemani Anda

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

 Chit-Chat Corner  


 Rakan Bisnes   

• Rahsia jutawan blog

• Belajar Design Grafik

• Bengkel membina website

• Panduan asas membina blog

• Rahsia teknik jutawan EBAY

• Belajar HTML bina website

• Pakej Bisnes internet

• 10 model bisnes internet

• Jana unit dgn unit trust

• Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

• Video Tutorial Bisnes Internet

• 117 idea Bisnes Luar Biasa

• Web Hosting Terbaik Malaysia

• Sms Business

• Belajar Adsense

• Rahsia perniagaan digital

• Business Internet

• Cara Format PC

• Perkakasan membina website

• Cara membina Wordpress Blog

• Buat Duit dengan Ebook

• Rahsia sistem merekrut MLM

• Menjana pendapatan di EBAY

• Tingkatkan Traffik ke web anda

• Tidak Cukup duit untuk kahwin

• Belajar & kuasai Forex

• Perniagaan di Internet

• Jimat minyak dapat duit

 Info Pelawat   

 Kata kunci   

Sajak, koleksi sajak, koleksi puisi, pantun, pantun perkahwinan, pantun jenaka, pantun nasihat, petua, petua kecantikan, petua jerawat, firasat, firasat thi lalat, firasat mimpi, rahsia tarikh, rahsia lahir, rahsia warna, rahsia disebalik, rahsia, rahsia tarikh lahir, rahsia mimpi, puisi, puisi cinta, zodiak, horoskop, tip, rahsia personaliti, rahsia bulan kelahiran

 Laman istimewa

• Cerpen, novel, cerita online terbaik dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei. Lebih 5000 karya kreatif menanti anda

http://www.penulisan2u.net

• Infomasi terkini dan terhangat. dengan pelbagai artikel yang menarik  http://semasa2u.blogspot.com

• Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul, layari di laman  http://dakwah2u.blogspot.com

• Cerpen, novel, cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman http://penulisan2u.blogspot.com

• Ingin mendengar radio streaming secara online, TV streaming secara online. Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari di http://mymedia2u.blogspot.com

• Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu. Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini. layari di http://kelakar2u.blogspot.com

• Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia. Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih  dari 100 template terbaik dari designer. Layari di http://template2u.blogspot.com

• Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan. Layari di http://kelantan2u.blogspot.com

• Ingin melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan membeli belah, hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg. Layari di http://langkawi2u.blogspot.com

• Blog memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan, penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok, langkah2 pencegahan. layari di http://smoking2u.blogspot.com

 Kemudahan carian   

2 Pilihan asas untuk memudahkan anda melayari laman blog istimewa2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman istimewa2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

 Malaysia Group   

All Malaysian Bloggers Project