Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
1. kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu
2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang
3. Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu
4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya
5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian
6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.
akibat terlebih beri cinta
1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil
2. oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi
3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya
4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padannya
5. lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyta sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.
Tindakan sebaiknya
Apa yang perlu kamu lakukan ialah berhenti berharap. Maksudnya, andai kamu terlebih beri sebaiknya berhenti atau kembali melangkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas kembali. cara yang boleh kamu lakukan ialah elakkan daripada menghubunginya. Diamkan diri buat sektika. kalau boleh, pergi melancing, balik kampung, berehat ke tempat lain dan hantar satu poskad sahaja kepada si dia. Sekirannya kamu tidak boleh melancong atau ke tempat lain. Sibukkan diri kamu mungkin dengan kerja atau dengan rakan untuk beberapa minggu. jangan risau, kamu tidak akan kecewa. Ini penting, berikan ruang untuk perhubungan kamu. biar masa berlalu tanpa ada tindakan dari kamu dan jangan lupa masa yang sama kamu perlu sentiasa ceria. mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tetapi jangan bercakap terlalu lama dan kerap sms. sekadar bertanya khabar sudah memadai, itu pun mungkin 2 minggu sekali. wujudkan ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan. segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula. tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
seleps bc ny bru la sy sdar apa yg sy wt sblum ny hnya krna trlbih mmbri cinta...