Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Menghilang Tanda Hangus Pada Periuk Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.
Melembutkan Daging Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap. Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya. Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.
Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar. Simpankan dalam peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.
Mengelakkan Sawang atau Sarang Labah-labah Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.
Mengelak Telur Rebus Pecah Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian baru masukkan telur ke dalam air.
Petua Mengupas Telur Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.
Agar Tembikai Lebih Manis Untuk memaniskan lagi tembikai, rendamkan dalam air garam selama 4 jam. Tembikai akan berasa lebih manis.
Menyegarkan Kembali Sayur Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.
Hilangkan Bau Hanyir Ayam Petua 1 : Lumurkan dua sudu makan cuka dan biar selama satu jam. Kemudian baru dicuci seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir dan lendir ayam tadi akan hilang. Petua 2 : Terlebih dahulu lumurkan ayam dengan tepung gandum. Rendamkan dalam air sehingga 10 minit. Cucikan dengan air bersih.
Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.
Pengisar Sentiasa Tajam Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.
Hilangkan Bau Botol Atau Balang Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.
Hilangkan Kotoran Pada Pengisar Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.
Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cudi bersih dan lihat hasilnya.
Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.
Masakan Termasin Potong kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.
Bekas Plastik Kelihatan Baru Semula Koyakkan suratkhabar kecil-kecil. Selepas itu campurkan sedikit peluntur. Basuhkan bekas plastik itu sekali lalu dan rendam dalam campuran suratkhabar dan peluntur tadi. Biarkan semalaman. Keesokkan paginya, basuh bekas plastik tadi dengan serbuk sabun yang bercampur air limau nipis. Gosokkan dengan span. Kemudian, basuh bersih-bersih, bilas dan keringkan.
Cara Menyimpan Udang Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.
Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.
Hilangkan Lendir Bendi Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.
Merangupkan Cucur Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam abncuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa lebih enak bila dimakan.
Melembutkan Cucur Bagi anda yang jarang membuat cucur, ini ada petua bagi melembutkan cucur. Pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam. Kacaukan sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang anda masak lebih lembut sesudah dimasak dan tetap lembut walaupun telah sejuk.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran