Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:
1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.
2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.
4. Berfikiran positif Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
5. Dapatkan tidur yang mencukupi Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.
6. Luahkan pada seseorang Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.
7. Curahkan di atas kertas Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.
8. Bersedia untuk berubah Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.
9. Cari kegemaran baru Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.
10. Bertegaslah Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.
1. Membaca Al-Quran dengan meneliti da memahami makna dan tuntutannya.
2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membanyakkan ibadah sunat setelah memelihara ibadah fardu.
3. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan dengan lidah dan hati dalam pelbagai amalan dan suasana.
4. Mengutamakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT keatas sesuatu yg disukai oleh hawa nafsu serta berusaha meningkatkan rasa cinta kepadaNYa walaupun menghadapi rintangan yg menyukarkan.
5. Mempelajari nama2 Allah SWT dan sifatNYa Yang Maha Sempurna dan menghayatinya.
6. Menyaksikan (meyakini) bahawa segala kebaikan dan nikmat samada yg zahir mahupun yg batil adalah semata-mata kurniaan Allah SWT.
7. Merasa hina dan rendah diri di dalam hati kepada Allah SWT.
8. Sering beribadat dan berkhalwat( bersendirian @ mengasingkan diri d tempat yg sunyi) serta bermunajat kepada Allah SWT di waktu rahmatNYa dekat dengan hamba yg beribada ketika itu ( waktu tahajud) khususnya di waktu akhir malam di samping membaca Al-Quran dengan lidah dan hati serta penuh adab dan kemudian mengakhiri khalwatnya dengan beristighfar dan bertaubat.
9. Banyak mendampingi orang2 (soleh) yg amat mencintai Allah SWT dan RasulNYa serta terbuka hatinya untuk menerima tunjuk ajar mereka sebagaimana memetik buah-buahan yang elok.
10. Menjauhi segala gejala yg boleh merosakkan hati seseorang daripada mengingati dan mentaati Allah SWT.
alhamdulillah sesungguhnya moga kita jdkan pedoman tips2 ini dan amalkannya 'ssesungguhnya seseorg manusia itu tidak akan dapat lebih selain dari apa yang diusahakannya' moga kejayaan menanti kita di sana InsyAAllah..
1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.
Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.
Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.
2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.
Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.
3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul
Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.
4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan
Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.
5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.
Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.
Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:
1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
3. BUAH KERING Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
5. IKAN TUNA Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
7. MANGGA Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
8. KISMIS Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda
10. JAMBU BATU Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai
KEMALANGAN jalan raya selalunya menjadi medan 'wayang percuma' apabila orang ramai yang mengerumuni mangsa hanya melihat untuk mengetahui keadaan mangsa tanpa memberi bantuan kecemasan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berdasarkan kajian Universiti Harvard, kemalangan jalan raya meragut lebih 30 juta nyawa di seluruh dunia pada abad lalu.
Kajian itu melaporkan, setiap tahun 700,000 kematian dan 10 juta kecederaan berlaku akibat kemalangan jalan raya yang menelan kos sebanyak RM1,750 juta di seluruh dunia.
Kajian itu juga mengatakan, kemalangan jalan raya menjadi beban kesihatan ketiga utama selepas penyakit jantung dan kemurungan.
Sementara itu, Kajian Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia Pasifik (ESCAP) mendedahkan, jumlah kemalangan jalan raya dan kematian di Malaysia semakin meningkat daripada 250,429 kes (dengan 6,035 kematian pada 2000) kepada 341,252 kes dengan 6,287 kematian pada 2006 bagi tempoh sama.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow, berkata mangsa kemalangan jalan raya ada peluang tinggi untuk hidup dan penurunan kadar kecederaan parah jika diberi bantuan kecemasan (paramedik dan ambulans) secepat mungkin.
Kajian lain pula menunjukkan, kebanyakan mangsa kemalangan jalan raya meninggal dunia sebelum paramedik dan ambulans sampai ke tempat kejadian. Malah, 39 hingga 85 peratus daripada kematian yang boleh dicegah itu disebabkan saluran pernafasan tersekat.
“Tidak ramai tahu bahawa memberi pertolongan cemas untuk mangsa kemalangan sangat penting dan ia sebenarnya sangat mudah dipelajari”, kata Pengarah Bahagian Latihan, Persatuan St John's Ambulans Malaysia, Datuk Dr Lee Hoo Teong.
Beliau menamakan bantuan ini sebagai proses 'Dr ABC' iaitu 'D' bermaksud 'danger' (bahaya); R untuk 'response' (bertindak); A untuk 'air' (udara); B untuk 'breathing' (bernafas) dan C untuk 'circulation' (peredaran).
Oleh kerana kecemasan adalah keadaan yang tidak stabil, orang yang mahu membantu perlu peka terhadap sebarang gerak balas yang ditunjukkan mangsa serta suasana di sekeliling mereka.
Namun sebagai langkah keselamatan, orang awal perlu mengambil langkah pencegahan jangkitan seperti memakai sarung tangan dan melindungi mata mereka terlebih dulu sebelum menghulurkan bantuan.
Langkah bantuan kecemasan untuk mangsa kemalangan jalan raya:
1. Pastikan keadaan sekeliling selamat
2. Panggil mangsa atau tepuk bahunya beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak
3. Jika mangsa tidak sedarkan diri, ini menandakan keadaannya mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapatkan ambulans dengan segera. Anda juga perlu memanggil ambulans walaupun mangsa dalam keadaan sedar
4. Sementara ambulans sampai, lakukan langkah A, B, C (udara, pernafasan dan edaran udara)
5. Jika mangsa sedar, cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memastikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap, peredaran udara akan berlaku. Maknanya udara akan masuk ke dalam paru-paru dan otak (A)
6. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba buka saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepalanya dan lihat tanda pernafasan. Tanda pernafasan boleh dikesan dengan melihat dada, sama ada berlaku pergerakan dada atau abdomen mangsa. Anda juga boleh mengesan pernafasan mangsa dengan mendekatkan pipi anda ke mulut mangsa (B)
7. Jika mangsa tidak bernafas, segera beri bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR)
8. Jika mangsa mengalami pendarahan, darah perlu dihentikan segera untuk mengelak mangsa mengalami kejutan atau mati akibat kehilangan banyak darah
9. Luka perlu ditutup dengan kain kasa atau tuala yang bersih. Tekan kain atau tuala ini pada luka. Kehadiran bahan asing (tuala dan kain) akan menyebabkan darah bergumpal dan menghentikan pendarahan. Jika kain atau tuala itu dibasahi darah, tekap sehelai lagi kain di atasnya. Jangan alihkan kain atau tuala yang dibasahi darah tadi kerana ia akan turut mengalihkan komponen untuk membekukan darah yang terbentuk pada luka dan menyebabkan pendarahan terus berlaku
10. Jika ambulans belum tiba, ambil data perubatan mangsa
11. Alihkan kereta dan barang yang menghalang perjalanan trafik
Bantuan CPR
1. Baringkan mangsa di tempat selamat. Dongak kepala mangsa (dengan menolak dagu ke atas) dan buka mulutnya. Ini akan membuka saluran pernafasannya.
2. Periksa pernafasan mangsa. Dekatkan pipi anda ke hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dadanya untuk mengetahui ada pernafasan (ini perlu dilakukan dengan pantas iaitu dalam masa lima hingga 10 saat).
3. Jika tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan kepadanya. Picit hidung mangsa, tekap mulut anda ke mulut mangsa dan hembus dua kali atau hingga anda lihat dadanya ternaik sedikit. Jika mangsa bernafas semula dan tiada kesan trauma, alihkan kedudukan badannya supaya dia baring mengiring (posisi penyembuhan).
4. Jika mangsa tidak bernafas, periksa nadi karotid selama lima hingga 10 saat. Letak dua atau tiga jari pada halkum mangsa dan alih jari anda supaya ia ada di antara halkum dan otot leher.
Jika ada denyutan nadi tetapi tiada pernafasan, beri bantuan pernafasan; iaitu 12 hembusan bagi satu minit (satu hembusan untuk setiap lima saat).
Jika tiada denyutan nadi, beri bantuan 'pengepaman jantung' pada dada. Letakkan tumit tangan kanan di bawah tulang dada dan letak tangan kiri di atas tangan kanan. Buat 30 tekanan untuk dua hembusan.
Maknanya selepas anda memberi dua hembusan, tekan dadanya sebanyak 30 kali. Ulang kaedah ini sebanyak lima kali atau lebih sehingga bantuan sampai.
Ingin Memenangi Wang Tunai RM10,000 & Rm50,000?. Ganjaran mingguan bernilai RM200 setiap minggu selama 8 minggu menjadi rebutan. Menangi evoucher AirAsia untuk percutian idaman anda. PERADUAN Anjuran TuneTalk Sdn Bhd (TTSB). Rebutlah Peluang di klik Disini TUNETALK WEBSITE
AKHBAR UTUSAN MALAYSIA - 26/05/2009
PETALING JAYA 25 Mei - Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) yang bakal menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih terbaru negara akan menembusi pasaran secara besar-besaran apabila perkhidmatan komersialnya dilancarkan pada separuh kedua tahun ini
Ketua Pegawai Operasinya, Jason Lo berkata, dengan model perniagaan kos rendah, Tune Talk merancang memperluaskan pasaran ke negara-negara ASEAN
Beliau berkata, syarikat itu akan menumpukan kepada penyediaan perkhidmatan pada kadar panggilan amat rendah berserta insentif-insentif menarik.
Beroperasi sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih yang menggunakan rangkaian Celcom, perkhidmatan Tune Talk disasarkan kepada segmen belia.
"Tune Talk akan menggabungkan gaya hidup unik seperti yang ditawarkan syarikat sebumbung kami iaitu Tune Hotels dan Tune Money.
"Kerjasama dengan syarikat-syarikat ini akan memberikan suatu sinergi yang kukuh untuk perniagaan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebagai strategi pra-pelancarannya, Tune Talk telah melancarkan sebuah portal inovatif yang bertujuan menarik pelanggan baru dan pada masa yang sama satu platform diwujudkan untuk aktiviti khidmat masyarakat.
Lo berkata, perkhidmatan baru itu akan beroperasi menerusi platform freedom 2talk yang merupakan program pencarian seorang Chief Talker yang dipilih oleh peserta-peserta lain melalui undian.
Dengan menamakan satu projek kebajikan dan berkempen untuk menarik sokongan pengundi, calon dengan undian tertinggi akan memenangi RM50,000 untuk disalurkan kepada projek kebajikannya itu, jelas beliau.
Peserta-peserta lain yang mendaftar dan merujuk rakan-rakan untuk mendaftar bersama, RM10,000 ditawarkan untuk peserta yang merujuk paling ramai rakan dengan pendaftaran yang berjaya. Kedua-dua pemenang juga akan menikmati panggilan percuma melalui Tune Talk selama setahun.
"Apa yang lebih menarik, setiap peserta yang mendaftar di freedom2talk boleh memilih nombor mudah alih Tune Talk mereka sendiri dan memenangi hadiah mingguan berupa e-kupon hadiah AirAsia.
"Ini akan berlangsung sehinggalah kami membuat pelancaran rasmi khidmat komersial Tune Talk nanti," kata Lo.
Ingin Memenangi Wang Tunai RM10,000 & Rm50,000?. Ganjaran mingguan bernilai RM200 setiap minggu selama 8 minggu menjadi rebutan. Menangi evoucher AirAsia untuk percutian idaman anda. PERADUAN Anjuran TuneTalk Sdn Bhd (TTSB). Rebutlah Peluang di klik Disini TUNETALK WEBSITE
Di suatu malam aku termenung sendirian melihat indahnya ciptaan tuhan di bumi yang fana ini lalu mindaku jauh melayang terkenangkan pada seseorang yang pada zahirnya jauh dari pandangan mata ini namun amat dekat di hati nuraniku
kehadiran insan itu dalam hidupku ibarat sebutir mutiara yang bersinar nun jauh di dasar lautan berharga, bernilai buat diri ini senyum tawanya, lirikan manja matanya, dan bisikan romantisnya sentiasa menari-nari di tubir mataku aku bahagia
duhai puteri hatiku tiba masanya buatku pergi bukan pergi selamanya namun pemergian ini buat sementara cuma demi kau dan aku ku tahu kau mengerti semua ini
duhai sayangku jangan sesekali air mata jernih membasahi pipi sucimu kerana terkenangkan memori kita bersama mengertilah aku di sana sentiasa merinduimu menyayangimu dan mencintaimu setulus hati kecilku ini hanya satu pintaku sayangi dan cintailah diriku bersama secangkir keikhlasan disemai dengan setulus pengorbanan dan bertemankan sesuci kejujuran
duhai ratu hatiku dengar dan tenung kata hati ini di sini aku berjanji akan sentiasa menyayangimu dan mencintai dirimu selagi nafasku tiada berhenti
duhai sayangku kenanglah semua kata ini kerana bicara sehelai kertas kumal ini ibarat bicara sekeping hatiku I love you…
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ? (Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ). ( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . ( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin . (If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah . (Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. ( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa . (You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
ermm... sesuai untuk aku yang mudah bersedih... stiap org perlukan k'kuatan dan aku perlukan k'kuatan untuk PMR!!! waaaa....