Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab.
Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.
1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.
Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.
3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.
4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis 'Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih'. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.
5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.
6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.
7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?
8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.
9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.
10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.
Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :
Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya...(Riwayat al Bukhari, no.5027).
[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url] [b]plus software price, [url=http://sunkomutors.net/]a niche store software[/url] [url=http://sunkomutors.net/][/url] cheap software sale microsoft office school discount buy microsoft windows software [url=http://sunkomutors.net/]layers in photoshop elements 6 for mac[/url] windows xp dvd decoder [url=http://sunkomutors.net/]discount on software[/url] software at student discount [url=http://sunkomutors.net/]nero 9 serial[/url] how to install windows vista torrent adobe creative suite 4 master collection 4 dvd set [url=http://sunkomutors.net/]academic discounts software[/b]
[url=http://vonmertoes.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url] [b]buy cheap software com, [url=http://bariossetos.net/]academics software[/url] [url=http://hopresovees.net/][/url] macromedia animation software you sell used software Suite 4 Master [url=http://hopresovees.net/]coreldraw graphics suite[/url] academic software sales [url=http://hopresovees.net/]where can i buy dreamweaver[/url] moving from windows xp to vista [url=http://bariossetos.net/]filemaker pro 9 hybrid academic[/url] shop 7 software adobe photoshop cs3 phone activation crack [url=http://bariossetos.net/]Pro 9 Advanced[/b]
[url=http://vonmertoes.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url] [b]advantage software canada inc, [url=http://vonmertoes.net/]filemaker pro web database development multi level[/url] [url=http://vonmertoes.net/][/url] Software instantly shop software reviews where can i buy microsoft software [url=http://bariossetos.net/]store checkout software[/url] buy software downloads [url=http://bariossetos.net/]adobe acrobat 9[/url] city software store [url=http://hopresovees.net/]windows xp pro boot disk[/url] BPM Studio 4 Pro windows xp pro [url=http://hopresovees.net/]nero 9 stops working in vista[/b]
Sebuah penelitian yang dilakukan oleh jurusan psikologi (ilmu jiwa) pada Fakultas Adab (sastra) di Universitas Zaqaqiq, Mesir dengan judul: “Kepribadian Remaja Putri, Tata Cara kesiapan Jiwa dalam Menghadapi Pernikahan, dan Masa Perubahan Jiwa Pasca Nikah Secara Khusus” menyimpulkan ada 9 tipe gadis yang tidak diminati oleh para pemuda:
Pertama: Gadis Pencemburu Pencemburu adalah sifat pertama kali yang dihindari oleh para pemuda dari calon istri-istri mereka. Cemburu disini bermakna keraguan. Para pemuda itu menuntut adanya sebagian sifat cemburu yang memperkuat ikatan cinta, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang menimbulkan petaka dalam kehidupan rumah tangga. Mereka menginginkan kepercayaan dari para istri mereka, dan tidak suka jika mereka menceritakan atau mengungkap setiap langkah yang dilaluinya.
Kedua: Gadis Egois, sok menjadi ratu Adapun gadis yang kedua adalah gadis yang egois, ingin berkuasa, menginginkan dari suaminya segenap kecintaan, ketundukan, dan kepasrahan hanya kepadanya saja. Dia akan marah jika melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain dirinya. Seperti cemburu kepada kerabat suami, atau teman-temannya. Perbuatan ini kadang menimbulkan banyak permasalahan. Dengan sikap seperti itu, dia telah mempersempit kepribadian suami, dan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan kerabatnya. Dengan sikap seperti itu, dia telah menjadikan suami benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap yang demikian tidak termasuk cinta, tetapi ambisi kepemilikan dan penguasaan. Maka wajib bagi gadis ini untuk menyadari bahwa mereka adalah kerabat suami, yang tidak mungkin ia bebas lepas dari mereka, begitu pula sebaliknya mereka tidak mungkin bebas lepas darinya.
Ketiga: Gadis Durhaka Yaitu istri yang tidak ridha dengan kehidupannya. Dia senantiasa membangkang pada suami dan menggerutu tentang segala sesuatu. Dia tidak bersikap qonaah (menerima apa adanya), senantiasa menginginkan tambahan dan lebih. Dengan sikap seperti ini, dia telah menekan suami hingga mau memenuhi keinginannya. Dia tidak peduli darimana sang suami bisa memenuhi berbagai tuntutan itu, dan bagaimana ia bisa mendapatkan harta tersebut. Dia adalah jenis istri perusak. Dia hanya mencari untuk diri dan kebahagiannya sendiri, terutama harta, bukan cinta. Dia tidak menjaga suami atau rumahnya. Biasanya keadaan yang seperti ini berakhir dengan perceraian.
Keempat: Gadis yang cuek dan masa bodoh Gadis ini tidak layak disebut sebagai seorang istri. Dia sama sekali tidak menaruh perhatian pada suami, tidak juga pada rumahnya. Tidak berusaha memenuhi kebutuhan suami atau permintaannya. Di sini sang suami merasa bahwa si istri tidak mencintainya, atau tidak menganggapnya. Kadang yang demikian membuat sang suami bersikap kasar kepada istri sebagai usaha untuk meluruskannya. Akan tetapi jika sang istri memiliki sifat seperti ini, maka akan sulit merubahnya. Hal ini menjadikan sang suami tidak menaruh perhatian terhadap istri, tidak mesra dengannya dalam segala hal, dan bisa menyebabkan perpisahan. Maka mulai sekarang seharusnya istri mulai memberikan perhatian terhadap suami.
Kelima: Gadis yang Kekanak-kanakkan Yaitu gadis yang senantiasa tergantung pada ibunya, dan terus terikat dengannya, bersandar kepadanya dalam segala hal. Dia bertindak dengan malu, tidak mampu mengemban tanggung jawab. Kebanyakan ibunyalah yang memberikan keputusan dan berkuasa pada seluruh urusan rumah. Maka sang putripun bersandar kepadanya dalam segala hal seperti apa yang dia kerjakan saat masih kanak-kanak. Dengan sifat seperti itu, dia tidak layak menjadi seorang ibu bagi putra-putranya, dikarenakan putra-putranya akan menjadi pribadi-pribadi yang terputus, tidak utuh. Adapun sang suami, maka ia merasa seolah-olah telah menikahi ibu mertuanya, karena dialah yang mengatur segala keperluannya. Maka wajib bagi para gadis untuk belajar memikul tanggung jawab dan berbuat secara dewasa.
Keenam: Gadis yang meninggalkan Tugas Rumah Tangga Kebanyakan gadis seperti ini adalah gadis yang bekerja (wanita karir). Akan tetapi, ada perbedaan antara istri yang bekerja dan istri yang pergi meninggalkan tanggung jawab rumah. Artinya ada banyak istri yang bekerja, tetapi mereka dapat melakukan segenap pekerjaan rumah tangga dan memberikan perhatian terhadap berbagai keperluan suami dan anak-anak mereka. Pekerjaan mereka tidak membuat mereka durhaka terhadap keluarga. Maka istri harus menyeimbangkan antara pekerjaan dengan suami dan anak-anaknya. Janganlah pekerjaan membuat keluarga terhalangi dari perhatian dan kasih sayangnya. Sehingga sang suami merasa kehilangan kemesraan, akhirnya timbullah permasalahan diantara mereka.
Ketujuh: Gadis yang Lemah Yaitu seorang gadis yang terbiasa pasrah terhadap keadaan di sekitarnya, apakah terhadap keluarga atau teman-temannya. Dia sangat lemah untuk bisa mengambil keputusan dengan dirinya sendiri, tidak berusaha mengadakan musyawarah atau menampakkan pendapat apapun. Kepribadian yang lemah, penurut, dan tidak terbiasa memikul tanggung jawab. Kebanyakan penyebabnya adalah keluarga, yaitu dengan sikap keras sang ayah, dan diamnya ibu. Maka sang suamipun kehilangan teman yang bisa memberikan nasihat, atau masukan-masukan dalam berbagai urusannya.
Kelapan: Gadis yang membuat was was Yaitu gadis yang menggambarkan suaminya dengan gambaran yang terburuk. Sebagai contoh, jika suami terkena penyakit mulas, maka sang istri membesar-besarkanny a serta meyakininya bahwa sang suami menderita usus buntu. Jika panas sang suami meningkat dia berkata bahwa dia telah terkena demam. Jika sang suami terlambat, dia berkeyakinan telah terjadi kecelakaan atau terkena sesuatu yang tidak disukai. Istri semacam ini akan mendorong suami untuk selalu was-was dan berkhayal macam-macam serta selalu khawatir.
Kesembilan: Gadis yang Sok Sempurna Yaitu gadis yang berambisi untuk mengerjakan sesuatu dengan benar, dan terlalu berlebih-lebihan di dalamnya sehingga sang suami dan orang-orang yang tinggal di sekitarnya terkadang merasa jengkel. Sifat seperti itu membuatnya fanatik buta dalam kehidupan rumah tangga. Dia menginginkan kesempurnaan dalam segala hal. Jika pergi salah seorang teman maka harus membawa hadiah berharga dan mahal dibungkus dengan bungkus yang mewah dan seterusnya. Sifat seperti ini dimungkinkan akan membuat suami melakukan respon yang mungkin bisa menjadi seorang laki-laki yang keras dan menolak apa saja yang dilakukan istri, sekalipun perbuatan itu untuk kepentingannya, dan dia tidak lagi mementingkan keridhaan istrinya.
Berikut ini beberapa fakta menarik mengenai mimpi :
1. Orang Buta Jg Bermimpi Orang yg terlahir buta dalam mimpinya memang tidak melihat "gambar-2" tapi mereka bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yg mereka rasakan. Memang sulit bagi orang normal untuk bisa memahami, tapi "keinginan" tubuh untuk tidur dan bermimpi sedemikian kuatnya sehingga bisa mengatasi segala macam hambatan fisik manusia.
2. Kamu Akan Lupa 90% Dari Mimpimu Sekitar 5 menit setelah kamu terbangun kamu akan segera melupakan 50% dari mimpimu, 10 menit kemudian 90% "jalan cerita" mimpimu akan terlupakan. Penulis puisi terkenal Samuel Taylor Coleridge pada suatu waktu terbangun setelah mendapatkan mimpi yg indah, dia lalu segera menuliskannya di kertas untuk menggambarkan mimpinya tadi, setelah menulis 54 baris tiba-2 ada orang yg datang kerumahnya. Setelah urusan dg orang itu selesai Samuel bermaksud menyelesaikan puisinya tadi, tapi dia tdk berhasil mengingat lagi mimpinya. Puisinya itu tidak pernah selesai. Puisi yg tidak pernah terselesaikan itu berjudul "Kubla Khan" dan menjadi salah satu puisi paling terkenal di Inggris. Robert Louis Stevenson ( penulis buku Doctor Jeckyll and Mr. Hyde ) dan Mary Shelley’s Frankenstein mendapatkan ide dari mimpi yg mereka alami.
3. Semua Orang Bermimpi Semua orang bermimpi ( kecuali pada beberapa kasus penyakit jiwa parah ) tapi laki-2 dan perempuan mimpinya beda dan beda pula reaksi fisiknya. Cowo cenderung bermimpi tentang cewe lain sedangkan cewe mimpinya cenderung berimbang mimpiin soal cowo atau cewe lain.
4. Mimpi Mencegah Gangguan Emosi. Pada penelitian mengenai tidur baru-2 ini, percobaan pada orang yg dibangunkan pada awal mimpi tapi tetap diperbolehkan tidur 8 jam sehari, setelah 3 hari menjadi kehilangan konsentrasi, gampang marah, halusinasi dan tanda-2 gangguan emosi lainnya. Jadi kamu jangan sering-2 begadang ngaskus dari malem subuh bisa sakit jiwa lama-2 lo entar
5. Rangsangan Dari Luar Mempengaruhi Mimpi Kita Disebut "Dream Incorporation" dan kamu pasti udah pernah mengalami ini. Pernah mimpi gini, kita rasanya haus bgt trus kita minum sebotol air tapi bentar kemudian rasanya udah haus lagi… minum lagi… haus lagi begitu terus berulang dan akhirnya saat kita bangun kita baru sadar kalo kita emang lagi kehausan. Contoh yg lain adalah saat kita mimpi kebelet pipis
6. Saat Bermimpi Tubuhmu Akan Lumpuh Hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita gak bergerak-gerak mengikuti "alur cerita" mimpi kita. Banyangin aja kalo lo mimpi dikejar massa, kalo kaki lo gk lumpuh bisa-2 lu lari ke luar rumah dan dikirain maling beneran ama satpam. Ada hormon yg dihasilkan saat kita tidur yg membuat saraf mengirimkan pesan ke tulang belakang menyebabkan tubuh kita menjadi rileks dan lama-2 lumpuh.
7. Kita Hanya Memimpikan Apa Yg Kita Ketahui Seringkali kita bermimpi berada di tempat yg asing dan ketemu dengan orang-orang yg gk kita kenal. Tapi sebenernya otak kita tidak asal menciptakan itu, sebenernya semua itu itu udah pernah kita liat cuma kita sendiri gak mampu untuk mengingatnya lagi. Mungkin kamu pernah mimpi dikejar-kejar orang asing pakai golok yg mau bunuh kita tapi mungkin aja itu dalam kehidupan nyata orang itu adalah temen bokap kamu yang ketemu di mall waktu kamu masih umur 5 tahun ! Sepanjang hidup kita udah pernah melihat ratusan ribu wajah dan tempat, para ahli percaya kalo memori otak kita punya kemampuan yang luar biasa untuk merekam itu semua, jadi otak gk akan pernah kehabisan "aktor dan setting" yg akan direplay dalam mimpi kita!
8. Mimpi Itu Tidak Seperti Apa Yang Terlihat Apa yg kita lihat dalam mimpi sebenernya merupakan simbolisasi dari hal lain. Otak kita tu kreatif bgt saat kita tidur, dia akan menggali database memori kita sedemikan dalamnya sampai sering kita sendiri takjub dengan mimpi aneh kita ( padahal semuanya sumbernya ya dari semua yg udah pernah kita alami sebelumnya). Bagaikan puisi mimpi itu merupakan penggambaran simbolisasi yg sangat dalam. Itulah sebab mengapa banyak orang yg tertarik dengan buku tafsir mimpi
9. Tidak Semua Orang Mimpinya Berwarna. Menurut penelitian 12% orang normal mimpinya selalu hitam-putih lainnya mimpinya bisa full color (kaya tipi aja).
10. Kita juga cenderung mengalami mimpi dengan "tema" yg sama, yaitu: * Mimpi di sekolah, * Mimpi dikejar-kejar (ceritanya jadi maling ) * Mimpi lari dalam gerak lambat ato lari tapi gak maju-2 ( padahal ada kereta api mau lewat ) * Mimpi basah (mimpi paling seru ) * Mimpi datang telat (biasanya kalo musim ujian heheh) * Mimpi bisa terbang * Mimpi jatuh, mimpi gigi copot, mimpi gagal lulus ujian, mimpi kecelakaan, dan * Mimpi ketemu orang yg udah mati
Gimana apa pernah mimpi kaya gituan semua kan ?
Tambahan Info Lagi : 1. Saat kamu ngorok kamu tidak sedang bermimpi.
2. Kalo kamu terbangun pada saat fase tidur mencapai tahap REM (Randon Eye Movement), seringkali mimpi kita akan terasa lebih nyata daripada kalo kita bangun setelah tidur pulas semalaman.
3. Bayi tidak bermimpi mengenai dirinya sampai sekitar umur 3 tahun. Tapi sejak umur 3 sampai 8 tahun mereka akan mendapatkan mimpi buruk yg jauh lebih sering daripada orang dewasa. Itu jadi jawaban dari kenapa anak kecil sering menangis sesaat setelah terbangun dr tidurnya.
Assalamualaikum wbt, Kehadapan ibuku yang juga permata hatiku.. ku titipkan bingkisan ini dari kejauhan, meluahkan bicara yang terpendam yang aku sendiri tak mampu ucapkan.
Pagi itu aku bangun, kulihat ibu masih lagi sedang asyik sujud mengadapNYA, lalu lenaku bertandang kembali, seketika kemudian aku terjaga lagi, ku lihat ibu masih lagi tenang dalam solatmu. Ibuku, kebahagian bukan selalunya menjadi milik kita, tetapi aku lihat ibu terlalu tenang menghadapi ujianNYA.
Ibuku, Seandainya ku diberi pilihan, longgokan permata disogokkan aku tetap memilih kamu sebagai pilihan utamaku. Kau idolaku ibu, aku melihat kau sentiasa cekal dalam dugaanNYA, aku lihat raut wajahmu sentiasa tenang, tapi aku tahu bicara hatimu, kau terluka ibuku, tapi kau tak mahu tunjukkan kepadaku, kau menangis ibuku, tapi kau menangis dalam jiwamu, dalam hatimu. Aku hidup hari ini keranamu ibuku, aku tabah hari ini kerana semangatmu sayangku. Pernah dulu ku putus semangat, asaku tenggelam dek kejian mereka, tapi bilaku terkenangkan ibu, semangatku tersambung, aku perlu hidup untuk ibu, aku perlu kuat untuk ibu, terfikir aku seketika, seandainya tuhan menginginkan aku dahulu, siapa yang akan menjaga ibu? Siapa yang akan membela nasibmu kasihku? Siapa yang akan menyinari hari tuamu ibu?
Ibu, Dengan kudratmu yang tak seberapa, kau membanting tulang, menyaraku, memerah keringatmu mencari rezeki yang halal disaat seorang lelaki yang sepatutnya kau jadikan dahan tempatmu bergantung menghilangkan diri. Aku melihat ibu begitu bersahaja, mengutip kotak-kotak kosong, tin-tin kosong, bahan buangan orang yang ibu rasa terlalu berharga, Dengan rezeki yang orang pandang kotor itulah ibu mengisi perutku, menghilangkan laparku, meneruskan hayatku. Ibuku terus terang dari hati aku berbicara, aku tak pernah malu punya ibu sepertimu, malah aku bangga ada ibu yang kuat dan tabah. Ibuku, aku menangis melihat deritamu, aku pilu melihat dukamu, tapi aku perlu menjadi kuat didepanmu agar aku mampu menjadi semangatmu. Tidak sekali aku benarkan air mataku ini tumpah dihadapan ibu.
Ibuku, 21 tahun hidupku kini, inginku singkapkan bait-bait perjalananku, menyingkap duka yang lebih banyak hadir dari gembira. Namun aku tak pernah, malah takkan sekali-kali menyalahkan ibu atas apa yang terjadi. Kau wanita yang terlalu mulia untuk dibebankan dengan silap. Aku tahu kau jua tak inginkan benda ini terjadi dalam keluarga kita kan? Aku tahu impianmu sentiasa ingin melihatku bahagia kan? Aku renung matamu, aku lihat sinar harapan yang tak pernah padam terletak disitu. Setiap kali ku berkesempatan pulang, sering kali kucuri waktu untuk menatap wajahmu wanita kesayanganku, aku lihat wajahmu lebih tua dari usia, mungkin beban yang kau tanggung terlalu berat. Ibuku aku ingin menjadi semangatmu, menjadi dahanmu kini, sebab aku rasa aku sudah semakin dewasa untuk bersamamu mengharungi dugaan yang mendatang.
Ibu, Aku ingat lagi peristiwa kira-kira 6 tahun yang lalu, pertama kali aku lihat ibu membentak kasar, melenting marah, terkejut aku, terpana aku seketika ibu semuanya sebab apabila seorang saudara kita membawa khabar, memburukkan ayah dihadapan ibu kan? Dari itu terbit kagumku ibu, walaupun ayah bukan suami yang baik, tak pernah ada bicara buruk terlahir dari bibirmu tentang ayah. Malah ibu akan begitu marah bila ada orang memburukkan ayah. Betapa beruntungnya ayah punya ibu sebagai isteri, betapa bertuahnya ayah. Wanita sebaikmu sepatutnya tak perlu harungi hidup ini dengan bertemankan air mata kan ibu? Tapi apa dayamu kan? Aku percaya ibu satu hari nanti akan ada sinar bahagia hadir untukmu ibu.
Ibu, Teringat satu peristiwa yang selama hayat aku takkan lupa. Tika itu usiaku 13 tahun, entah mana silapnya, aku diserang gastrik, waktu itu lebih kurang pukul 3 pagi. Aku mengerang kerana sakit yang teramat, aku tak sangka erangan itu mengganggu lenamu ibu, Maafkan aku ibu, ibu bangun dalam kepayahan, sedangkan aku tahu ibu baru sahaja diulit lena, dengan matamu yang berat, yang separuh terbuka, kau mengurutku, menenangkanku, sehingga sakitku reda, sehingga lenaku bertandang. Terima kasih ibu.
Ibuku, Pertama kali dalam hayatku aku melihat air mata abang tumpah kerana ibu, setahu aku abang lelaki yang kuat, pandai menyembunyikan rahsia hati dengan bicara lembutnya, semuanya gara-gara ibu yang diserang athma secara tiba-tiba, sedangkan waktu itu ubat ibu habis. Ya ALLAH, betapa risaunya hatiku tika itu ibu, aku belum puas merasai kasihmu ibu, aku belum sempat mencurahkan baktiku padamu ibu, Alhamdulillah Dia mendengar doaku ibu, dalam linangan air mata aku memohon berilah ibu peluang merasai bahagia seperti orang lain, dalam sedu sedan aku berdoa jangan ibu tinggalkan aku disaat aku masih belum bersedia.
Ibu, UjianNYA tak pernah putus-putus hadir menguji cekalku ibu, ibu setelah hampir 4 tahun aku memendam, hari ini aku bersedia mencurahkan setelah aku betul-betul bebas dari persoalan yang membuat hidupku gelap seketika. 8 julai 2005 adalah tarikh yang terlalu perit dalam hidupku ibu, doctor menyatakan jantungku bermasaalah ibu dan yang paling perit ibu, aku takkan mampu hidup lama disisimu ibu. Mana mungkin aku meninggalkan wanita kesayanganku ini sedangkan aku satu-satunya hawa dalam zuriatmu.
Ibu, Hanya tuhan yang tahu betapa berkecai harapanku tika itu ibu, berkali-kali doktor memujukku agar aku bawa ibu untuk berbincang pasal rawatan penyakitku ibu, tapi aku enggan, aku tak mahu menambahkan, mencarikkan, menggariskan lagi derita dalam hidupmu ibuku sayang. Aku bertekad ibu, akanku harungi sendiri deritaku ibu, aku ingin hadiahkan bahagia sebelum hayatku berakhir ibu. Memang ku akui kesihatanku terjejas, dadaku sering sakit, jika dulu aku sentiasa juara di trek bila acara sukan sekolah, tapi kini trek sejauh 1500m pun aku tak mampu sudahi. Lemahnya aku tika itu ibu. Namun segalanya berubah ibu, dan aku jua percaya pada kuasaNYA yang sentiasa mendengar bingkisan doaku ketika dalam akhir sujudku, ketika dalam solat hajatku. Awal tahun 2006 apabila wangku mencukupi hasil dari tabunganku bekerja disebuah kilang, sekali lagi aku menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta, Alhamdulillah ibu, kuasa tuhan melebihi segalanya ibu, aku hampir tak percaya, tapi hasil x-tray menunjukkan jantungku sihat, ajaib ibu, tapi itu anugerah yang terindah untuk aku ibu, syukran ya ALLAH kerana beri aku peluang untuk terus menemani ibu didunia ini. Aku sujud syukur ibu. Aku rasa macam dilahirkan semula ibu diberikan nyawa ke dua.
Bait bingkisan ini keteruskan lagi, kali ini kuselitkan sedikit impianmu. Hari itu, dek kerana sedikit kelapangan masaku, maka aku berkesempatan pulang menjengukmu ibu, tapi ibu.. kenapa kau utarakan aku satu permintaan yang mana mungkin bisa aku tunaikan dengan mudah ibu. Terngiang kejap ditelingaku ibu
"adik, ibu teringinkan cucu," kata ibu memulakan bicara.
"kawan-kawan umur macam ibu semua dah punya 2,3 orang cucu, tapi ibu sorang pun takda lagi" sambungmu lagi dengan wajah yang mengharap
"suruhla abang kahwin kalau ibu betul-betul inginkan cucu," jawabku..
tetapi ibu, sesuatu yang tak terjangka terlahir dari bibirmu.
"ibu mahu cucu dari anak perempuan ibu,"
Terkaku aku ibu, bukan sekali dua kau utarakan impianmu ibu, pertama kali aku mendengar, sangkaku kau hanya bergurau, tapi dari raut wajahmu aku tahu kau serius ibu, terpana jua seketika, apa benar itu impianmu ibu? Aduh, permintaanmu ini terlalu payah untukku tunaikan, jika kau minta aku belikan gelang emas,handphone baru, secepat mungkin aku usaha untuk dapatkan, tapi yang ini ibu, pelik, ibu mana mungkin aku mampu menunaikan impianmu secepat mungkin, sedangkan calonnya pun belum ku temui. Kadang-kadang ibu, pening juga aku, tapi ibu janganlah susah hati, insyaALLAH akan aku tunaikan hasratmu ibu, tapi aku tak mampu menjanjikan cepat atau lambatnya. Huhuhu.. Lagi satu ibu, bukan aku tak ingin tunaikan impianmu ibu, tapi aku takut ibu, andai aku punya keluarga sendiri, aku tiada masa untuk sentiasa disisimu ibu, mendengar bicaramu, celotehmu ibu.
Terlalu banyak inginku bicarakan di sini bondaku, tapi seolah ruang ini tidak mencukupi bahkan jika diberi seluruh ruang di dunia ini untuk ku coretkan liku-liku perjalananku 21 tahun bersama ibu, aku rasa ia tetap takkan mampu mencukupi.
Ibu, Setiap helaan nafasku adalah untuk ibu, aku hidup dengan semangatmu yang sentiasa membara itu, aku nak jadi wanita sesolehah ibu, aku ingin contohi ibu, cekal dan tabah, punya impian yang besar tidak sepadan langsung dengan tubuh kecilmu itu. Tahu tak ibu, setiap langkah kakiku, setiap hala tujuku, setiap apa yang aku ingin lakukan, aku sentiasa ingat pesanan ibu, apa yang ibu tegah, takkan sekali-kali aku lakukan, sebab luka ibu, aku yang rasa sakitnya, kecewa ibu adalah hukumanku sepanjang hayat. Aku takkan benarkan air mata ibu tumpah kerana perbuatan ku, tapi kalau air mata ibu tumpah kerana kejayaanku, aku tak pernah menghalang, bahkan aku puas kerana berjaya menitiskan air mata gembiramu.
Ibuku, Bait-bait bicaraku kini sudah sampai ke penghujungnya, aku belum puas meluahkan bicara hatiku, tapi apa dayaku masa mencemburuiku, aku perlu bergegas ke dewan peperiksaan, menjawab kertas ke-4 ku hari ini ibu. Sempena Hari Ibu yang bakal menjelang bulan ini ibu, ingin aku ucapkan padamu ibu
"SELAMAT HARI IBU" untuk ibu, wanita yang paling aku sayang dalam hayatku, dan nantikan kepulanganku, tapi ibu maaf ku pohon kerana aku mungkin tak mampu meraikan tepat pada masanya sebab tuntutan tugas mengekang hasratku. Adik sayangkan ibu, cintakan ibu dalam setiap helaan nafas ini, dalam setiap atur langkah kaki ini ibu.
Salam sayang dan rindu, biar jarak masa, dan tempat memisahkan kita, tapi ibu sentiasa di hati ini, selalu dalam jiwaku, Bersatu dalam semangatku Dari anak kecilmu Nuril Bahanudin….
~luahan hati ni, kepada pembaca-pembaca budiman, hargailah ibu anda, bukan sahaja pada hari ibu, tetapi untuk setiap waktu dan ketika, Buat wanita kesayanganku Pn Nor Azizar Binti Abdul Wahab, "SELAMAT HARI IBU adik ucapkan, adik sayangkan ibu dan terima kasih sebab sanggup mengandungkan adik selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan adik ke dunia ini. Terima kasih atas setiap titisan air susu yang mengalir dalam tubuh adik selama 2 tahun, terima kasih atas segalanya, ikhlas dari anak kecilmu Nuril Bahanudin aka Labyrinth"~
Walau ku fahami coretean kamu dan ku hargai, maafkan aku kerana aku tidak berkongsi perasaan yang sama. Telah ibuku meninggalkan aku semasa aku berumur 4 tahun...32 tahun ku mencari dan ku jumpa. Dia menerima ku. Segala milik duniawiku dihancurkannya.Keluarga aku musnah atas pembalasan dendamnya dan aku menjadi mangsa. Anak-anakku mengulangi sejarah lampau...Aku sedih dan aku membenci ibuku dengan segala kudrat yang aku ada. Apa yang terjadi padaku aku redha. Namun pabila anak-anakku menjadi mangsa.Aku tidak dapat menerima.Aku seorang lelaki,ayah dan khalifah. Aku harus berjuang demi anak-anakku dan jika ianya pada pendapat kamu semua kerana menderhakai ibuku...aku redha.Aku takut akan neraka Allah swt. Namun jika itu harga yg harus aku bayar demi anak-anak ku...AKU TERIMA
Persahabatan ini terlalu suci untuk aku buangkan. Terlalu indah untuk aku kuburkan. Namun apalah erti persahabatan ini andai luka yang menjadi balasannya. Persahabatan ini ibarat kayu yang rapuh. Terlalu mudah patah bila badai melanda. Namun siapalah aku untuk menyatakan kasihku pada dia yang bergelar sahabat. Aku hanya insan kecil. Terlalu kecil hingga aku kadang-kala dipersia begitu saja. Adakah aku tiada makna dalam hidupmu?. Dimanakah namaku berada dalam kamus hatimu? Atau mungkin langsung tidak tercatat namaku dimana-mana ruangan kecil hatimu. hingga terlalu senang kau mencampakkan aku dimana-dimana bila aku tidak kau perlukan.
Mungkin benar kata orang, aku pelakon hebat. Terlalu hebat mempertontonkan watak sahabat yang terlalu memahamimu. Namun mungkin kau tidak sedari betapa rapuhnya hatiku tak kala kau hadiahkan aku kelukaan. Betapa peritnya senyuman yang terukir. Mungkin kau hanya Nampak kemanisan senyuman itu tapi kau tidak pernah rasa kepahitan di celahannya. Tahukah kau kemanisan itu datangnya dari rasa ikhlasku padamu tapi dari mana datangnya kepahitan itu?. Kau sendiri tidak tahu. Kepahitan itu datangnya dari jiwa insan kecil yang terluka. Sakitnya hati ini bila tercalar. Aku insan kecil yang hanya mampu menangis bila aku disakiti. Tidak mampu berbuat apa-apa bila jiwa aku dilukai. Siapa yang mahu mendengar tangisan insan kecil ini? Cuma malam yang pekat itu faham. Dia selalu menjadi teman. Setia benar dia mendengar keluhanku. Kerna Gelap malam itu yang selalu mendengar irama sendu berlagu pilu insan ini. Mengapa? Kerna aku insan kecil.
Aku bangga denganmu kerna tanpa aku kau mampu berdiri gah tapi tahukah kau tanpamu aku terlalu lemah. Tanpa kau jiwaku terasa hambar. Tanpamu juga duniaku hilang. langsung tiada seri. wahai sahabatku, dikala ini kelompak-kelompak kerisauan mula berputik di ruangan hatiku. aku bimbang kerna bunga-bunga di taman hati yang dulu subur mekar berkembang kian layu dan mungkin satu hari nanti taman yang indah ini akan hilang keindahannya. seperti persahabatan ini. aku kian jauh darimu tapi langsung tidak kau sedari betapa jauhnya hati kita saat ini.
aku tidak meminta wang atau harta bendamu sebagai balasan untukku sebagai temanmu yang setia. aku memilihmu bukan kerna hartamu atau raut wajahmu yang mempersonakan. aku memilihmu kerna aku yakin padamu. yakin pada keikhlasan hatimu. ku hanya mahu meminta pengertianmu dalam mengharungi ranjau dan duri dalam hidup ini. ku pinta kau memahami hati dan perasaanku seperti mana aku yang sentiasa menjaga hati dan perasaanmu. aku amat bimbang jika sekeping hati milikmu dicalari. risau andai hatimu disakiti. apakah kau juga seperti aku?
Aku menyanyangimu sahabat dengan sepenuh jiwaku. Kasih dan sayang inilah yang sering memakan jiwaku sendiri. Melumatkan hatiku hingga langsung tiada serpihannya. Kerna kau aku sanggup terluka. kerna kau juga aku sanggup dilukai. Kerna kau, aku bina kembali hati ini. Aku membinanya dengan kalimah kemaafan dari mu. dengan pujukan dan kata-kata manismu.Untuk apa? Untuk kau sakiti ia berulang kali. Aku insan yang kering jiwanya. Aku mencari di mana dia kasih, dimana dia sayang. Aku berharap kau mampu basahi jiwa ini dengan ketulusan hatimu. Siapalah aku?. Aku hanya insan kecil yang mengharap kasih saktimu menyuburkan jiwaku.
Sahabat, andai di pertengahan jalan ini terhentinya kasih kita. Terputusnya ikatan kita, aku harap kau terus berlari menggapai cita-citamu. maafkanlah aku yang tak bisa mempertahankan kasih ini hingga tiba di penghujung jalan. hingga ajal menjemputku pulang. sahabat, Teruskan perjalananmu. Kerna destinasi kita masih jauh. Masih tidak terjangkau dek pemikiran. Usah kau toleh lagi kebelakang. Usah kau cari lagi dimana bayanganku berada. Kerna aku tidak mahu kau kenangi lagi kisah silam kita. Namun ketahuilah yang aku sentiasa ada untukmu walaupun kasihmu sudah tiada bersamaku. Ketahuilah namamu sudah ku semat kukuh dihatiku. Biarku simpan kisah ini menjadi coretan luka dalam jiwa yang lara ini. Untukmu sahabat ku hadiahkan puisi ini.
Sahabat, Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh, Pimpinlah tanganku bila aku tersesat, Hamparkanlah bahumu saat aku berduka Peluklah aku bila aku Berjaya
Sahabat, Aku berharap kau selalu ada saat aku memerlukanmu, Saat suka dan duka menjenguk jiwaku, Saat aku hilang tempat berpaut, Dan saat itu ku harap kau hulurkan tanganmu Bersama keikhlasan hati. Tanda tuluskan ikatan kita.
Sahabat, Aku tidak berharap kau menjadi insan sempurna, Kerna aku juga tidak sempurna, Aku tidak harap kau sebagai pelindungku Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu, Untuk aku berdiri tegak, Berani menempuh arus hidup yang makin ganas gelombangnya.
Sahabat, Genggamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri sendiri, Peluklah aku tika kesepian menemanimu, Tangan ni tidak pernah kuat untuk memegangmu, Tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu, aku memerlukanmu seperti mana kau memerlukan aku.
p/s: sila beri komen anda. khas bt semua yg bergelar Sahabat. Jangan biarkan Sahabat anda terus terluka. fahamilah mereka seperti mana mereka memahami anda....
kadang kala kita terpaksa berselindung kesedihan yang kita alami dengan senyuman. kadang kala kesedihan ini juga yang mengajar kita tentang kehidupan. kehidupan kita bersama orang di keliling kita. sahabat kita, keluarga kita, kekasih kita atau suami atau isteri kita.
biasanya sahabat adalah orang yang paling rapat dan akrab dengan kita. Walau dalam keadaan senang dan susah dia pasti ada di sisi. Sahabat sejati cintanya pada Ilahi.
hermmmmmm... sy ska ngan ntry ni.. ia dew b'kait ngan sy.... sy dew sowng sahabat.... yg btol2 mmbuatkn sy t'lalu cyg kn dia... sbb dia mmg baik ngan sy... tp sy x thu...sjauh mn ape dia rs t'hdp sy.... sbb cm ape yg t'catat... sy x boh wat ia t'luka... kerana...sy akn bnr2 rasa b'slh t'hdpnya jika sy wat ia t'lka.. tp sy x thu....dia cm biasa jew... kadang2...kata2 dia melukan kn ati sy....hermmmm....
me ksih pde shbat ku.... krane sudi mjdi shbat ku... wlau pe pun tjadi.... ko ttp shbat ku... slah fham antara kte adlah pkara biasa bg ku.... kte sling tgur mngur antara kte... tak kre spai ble kte bkwn.. aku harap kte ttp mjdi (4S)
puisinya sudah pernah diterbitkan belum, karena saya juga sedang mencari penerbit jadi kalau punya informasi tentang penerbit yang mau menerbitkan karya penulis puisi baru mohon saya diberi tahu
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]to sell software in, [url=http://firgonbares.net/]buying cheap software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] to buy oem software sale software system
print buying software [url=http://firgonbares.net/]nero 9 software cheap[/url] office 2007 enterprise genuine error
[url=http://firgonbares.net/]pocket office software[/url] ms office password recovery software
[url=http://firgonbares.net/]become software reseller[/url] quarkxpress templates for comics and cartoonists
buy adobe software [url=http://firgonbares.net/]software you purchase[/b]