Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.
Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi. Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda. Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi. Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya. Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
* Latih minda melupakan kenangan pahit Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan. Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan. Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
Buang sikap risau Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
Belajar bersyukur Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan. Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
Belajar jadi pemaaf Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
Ketawa, ketawa dan terus ketawa Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
Ubah fikiran Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan. Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
Hati mesti 'keras' Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu. Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.
well, putus cinta atau kecewa dalam hidup baik dari segi apa skalipun (kerjaya,cinta,exam,rumahtangga)...semuanya cukup pahit dan sakit utk dilalui...tp biar sakit cemanapun hidup mesti diteruskan..memang payah utk dilupakan tp kite kena ingat setiap dugaan yg kita terima pasti ada sebab musababnya..Allah sentiasa menguji kita dan Allah lebig mengetahui sisebalik ujian yg kita terima itu..yakini Allah sentiasa memberi yg terbaik utk hambanya... =)
yup..sy pon caye ALLAH lebih mengetahui. ALLAH xkn uji dgn dugaan yg xboleh kte trima.. mcm sy, skrg dh hmpr setahun single..msh dlm proses menyembuh luka ni..tp skrg dh smkn baik. sy amalkn forgive n forget...dl ms awal2 pts mmg sy dendam giler ngan my ex..sbb curang. hati pon x tenang. then pas sy mita maaf kat dia..mebi sy pon ada salah..ati sy makin tenang..n sy smkn kuat trima dugaan ni. sbb sy taw dia bkn MR.NICE GUY sy...huhu
Pada saya, itulah jalan Allah, indah pada masanya..Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan..kekadang kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita...sabar yer...
yalah. memang sukar utk kita hadapi musibah dalam perhubungan. trutama org itu plg hmpir dengan kita. kecekalan dan ktabahan itu amat perlu untuk mghadapinya.
Betul. Memang peritnya perasaan orang yang putus cinta. Ttp kita kena pegang sst pkr bahawa ALLAH takkan turunkan ujian pada hambanya yg tidak mampu utk menanggungya. Dugaan adlh tarbiyah dari ILAHI utk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita.
ye mmg perit n sedih ble ptus cinta,tp kte kne pcaye pd yg maha kuasa die yg mnentukan sgale nyer..stiap bnde yg terjd psti ade hkmah nyer yg kte sndiri pn x thu..mgkin suatu hari nnti Allah nk tmukan kte dgn jodoh kte,ssorg yg jauh lbh baik drp sblm nyer..insyaallah..
erm sy bercinta n suddenly his ex-gf dtg blk setelah stahun diorang ptus..skrg his ex keep on kacau die dan pe yg ptut sy buat?sy syg tp patut ke sy menyerah kalah sbb dulu 4 taun diorang da bersama,pliz help....
Percaya kepada perkara yang melibatkan mitos mahupun berunsurkan cerita dongeng adalah lumrah kehidupan manusia hari ini. Lebih-lebih lagi pasangan yang sedang mabuk bercinta.
Padahal, terdapat beberapa mitos yang belum pasti kesahihannya, bahkan kadangkala menyesatkan.
Pandangan yang memesongkan ini juga kerap kali berlaku dalam hal yang melibatkan pertikaman lidah atau perang mulut di antara dua pihak, sehingga menyebabkan berlakunya kekerasan dalam perhubungan.
Akibat mitos, ramai wanita menjalani kehidupan tanpa rasa bahagia dan tidak berdaya lagi melawan kudrat kejantanan si lelaki, meskipun ia terjadi berulang kali. Klai ini mari kita berkongsi sebahagian mitos tersebut.
MITOS: Cemburu mahupun kekerasan yang seringkali dilakukan pasangan merupakan suatu bentuk perhatian kepada kamu. Sikap dan kelakuannya itu juga dapat dijadikan bahan bukti atau tanda cinta yang telus dalam melayari dunia percintaan berdua.
Fakta: Cemburu ada batasnya. Itu bukan namanya cinta sejati atau bukti kasih sayang yang begitu mendalam terhadap kamu. Malah, si dia berupaya mengongkong kamu agar patuh, tunduk dan sentiasa menurut segala kemahuannya.
MITOS: Korban kekerasan atau sanggup membiarkan diri dikotak-katikkan semata-mata untuk memuaskan nafsu cintanya. Korban diri ini bukan sahaja dapat membuktikan sejauh mana cinta kamu terhadapnya malah menjelaskan tahap kesetiaan yang begitu mendalam. Jadi, korban diri sendiri menyebabkan punca berlakunya kekerasan.
Fakta: Pasangan akan tetap melakukan kekerasan itu meskipun kamu tidak pernah membangkitkan sebarang kesalahan mahupun tiada sebarang punca yang berbangkit. Kadangkala, dengan cara menyalahkan diri kamu, pasangan berupaya membela diri dan melemparkan kesalahannya dengan cara melakukan keganasan seksual.
MITOS: Jika si dia mula memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan ke atas diri kamu sehingga dia bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka kamu berasa sudah aman dan meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan lama itu lagi.
Fakta: Kebiasaannya, titik hitam yang masih bertapak di dalam hati seseorang pasangan akan kembali pada pola lamanya. Sesudah melakukan kekerasan atau melepaskan geram yang tiada sebabnya, si dia seringkali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh itu, kamu harus waspada kerana janji-janji itu begitu sulit untuk dipercayai.
MITOS: Setelah melakukan kekerasan kepada diri kamu, si dia dilihat semakin mesra. Sehingga adakalanya kamu berserah sahaja segala perbuatan yang dilakukan, tanpa rasa marah dan kecewa.
Fakta: Ini merupakan salah satu pandangan yang begitu memesongkan. Sekiranya kemesraan yang dilemparkan itu berterusan, dia patut dipuji, tetapi sekiranya ia terhenti di tengah jalan, bencana yang akan kamu cari.
MITOS: Janji manis. Sekiranya si dia sudah berjanji akan bertanggungjawab di atas segala perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan bersama, maka kamu akan menaruh harapan dan mempercayai segala kata-katanya itu.
Fakta: Hati-hati dengan janji manis atau rayuan yang dilontarkan lelaki di saat dia memaksa kamu melakukan sesuatu untuknya.
MITOS: Pasangan berhak melakukan apa saja memandangkan kamu sudahpun menjadi miliknya, walaupun baru sahaja mengikat tali pertunangan.
Fakta: Tiada seorang pun yang berhak melakukan apa jua perkara yang bertentangan dengan diri kamu selain diri sendiri. Ingat, insan yang bergelar kekasih sememangnya tidak berhak memperlakukan kamu dengan sewenang-wenangnya.
DIANGGARKAN lebih daripada 80 kaedah urutan yang diiktiraf di seluruh dunia. Keberkesanannya secara klinikal turut membuatkan urutan terus popular.
Biarpun tiada kaedah piawaian untuk satu-satu jenis urutan, urutan lazimnya dilakukan ke atas otot, tendon, ligamen, kulit, sendi atau tisu penghubung lain.
Urutan yang boleh dilakukan menggunakan tangan, jari, siku malah kaki ini sebenarnya sudah terkenal sejak zaman berzaman. Tulisan awal mengenai urutan boleh ditemui dalam tamadun kuno termasuk Rom, India, Jepun Mesir dan Mesopotamia.
Antaranya adalah urutan yang direkodkan sebelum Masihi lagi yang menceritakan mengenai urutan seharian menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada regim kecantikan wanita.
Urutan semakin popular di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Namun ketika era 1930-an hingga 1940-an, pengaruh urutan kian berkurangan lantaran perkembangan dalam bidang perubatan.
Apapun, pada 1970-an, pengaruh urutan kian meningkat sekali lagi khususnya di kalangan atlit sukan di negara terbabit. Urutan turut digunakan pada era berkenaan oleh jururawat bagi membantu mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit serta membantu mereka untuk tidur.
Ketika kejohanan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, urutan ditawarkan buat pertama kali sebagai perkhidmatan perubatan utama.
Info jenis urutan
Urutan Thai: Ia dipercayai dikembangkan oleh ahli perubatan Buddha, Jivaka Kumar Bhaccha, kira-kira lebih daripada 2,500 tahun lalu di India.Ia kemudian sampai ke Thailand di mana teknik dan falsafah Ayurveda yang digunakannya itu turut dipengaruhi oleh perubatan Cina.
Selama berabad lamanya, urutan Thai dilakukan oleh golongan sami sebagai salah satu komponen perubatan Thai.Urutan Thai agak lasak dengan penggunaan tangan, lutut dan kaki pakar terapi urutan.
Ramai menganggap urutan Thai memberi kesan merehatkan dan membuatkan diri lebih bertenaga.Urutan ini tidak menggunakan sebarang minyak yang lazimnya dilakukan di atas lantai berlapik.
Ia boleh mengambil masa antara 60 minit sehingga dua jam.Urutan ini antara lain membantu seseorang untuk lebih relaks, mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan tenaga serta menyeimbangi keadaan tubuh.
Urutan aromaterapi Sejenis urutan yang popular di spa. Ia menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan minyak pembawa. Penggunaan minyak pati sudah dikenali sejak zaman kuno di Mesir, Itali, India dan China.
Minyak pembawa adalah minyak sayur-sayuran yang digunakan sebagai asas untuk mencairkan minyak pati sebelum ia disapu pada kulit. Minyak pembawa digunakan kerana minyak pati terlalu pekat untuk disapu terus pada kulit. Antara minyak pembawa yang popular adalah minyak kelapa, avocado dan badam manis.
Urutan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai keadaan berikut: 1. Penyakit kulit berjangkit, ruam atau luka 2. Baru menjalani pembedahan 3. Baru menjalani kemoterapi kecuali disarankan doktor 4. Cenderung untuk mengalami masalah darah beku. 5. Wanita hamil (sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum melakukan urutan manakala urutan untuk wanita hamil sebaiknya dilakukan pakar terapi urutan yang bertauliah dalam urutan wanita hamil).
Petua urutan: 1. Jangan mengambil makanan berat sebelum mengurut 2. Tiba awal di spa atau pusat urutan, sekurang-kurangnya 10 minit untuk merehatkan tubuh sebelum memulakan urutan. 3. Pastikan pakar terapi urutan mengetahui maklumat kesihatan diri kerana sesetengah jenis urutan tidak sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah tertentu. 4. Jika rasa tidak selesa semasa diurut, maklumkan pada pakar terapi urutan. 5. Bernafas membantu diri untuk lebih merehatkan tubuh. Ramai yang kurang bernafas semasa diurut kerana rasa gementar. 6. Rehatkan diri ketika diurut. 7. Minum selepas urutan. 8. Ambil sedikit masa bersendirian selepas urutan bagi membolehkan tubuh 'menerima' manfaat urutan.
Kesan terapeutik urutan mengambil masa justeru, sebaiknya ia dilakukan lebih kerap untuk menikmati manfaatnya. Oleh itu, jika urutan itu bertujuan untuk memulihkan ketegangan otot atau pulih daripada masalah tisu lembut, sesi urutan lazimnya mengambil masa.
Panduan-panduan di bawah ini akan membolehkan para isteri mengetahui dan mengenali serba sedikit perangai dan kelakuan si suami melalui cara ciumannya :
a). Mata Tertutup Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.
b). Mata Terbuka Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.
c). Cium dengan kuat Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.
d).Cumbuan Lidah Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.
e). Cium sambil membelai manja Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.
Perkara-perkara diatas hanyalah panduan , ia tidak semestinya betul kerana ia tidak termaktub didalam Al-Quran dan hadis.
Dr
Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang
mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India.
Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban
dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan
Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik
persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.
Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam
Majalah & Surat khabar tempatan.
Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora
bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.
MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan
luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga
kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka
•
Blog agama, tazkirah, audio-video agama, pelbagai topik
berkaitan agama, tazkirah ramadhan, kisah nabi & rasul,
layari di laman
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Cerpen, novel,
cerita online terbaik, khas untuk peminat cerpen dan novel. mempunyai
lebih daripada 5000 cerpen dan novel untuk anda hayati. Anda tidak akan
kecewa dengan penulisan karya dari laman blog kami, layari di laman
http://penulisan2u.blogspot.com
•
Ingin mendengar radio
streaming secara online, TV streaming secara online.
Radio, tv malaysia, singapore, indonesia, brunei. Layari
di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Laman koleksi cerita & video lawak, kelakar, lucu.
Ketawa dan gelak sepuas-puasnya dari laman blog ini.
layari di
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Ingin memiliki rekabentuk template blog yang menarik
secara percuma dari pereka blog website seluruh dunia.
Disini anda dapat memilih dan memiliki lebih dari
100 template terbaik dari designer. Layari di
http://template2u.blogspot.com
•
Ingin mengetahui tentang kelantan dan melancong ke
negeri kelantan. Disini info menarik berkaitan tempat
untuk melawat, apa yang istimewa di kelantan dan hotel
yang boleh di didiami bila berkunjung ke kelantan.
Layari di
http://kelantan2u.blogspot.com
•
Ingin
melancong, melawat ke pulau langkawi. Laman ini akan
memberi info dan penerangan tentang pulau langkawi
seperti tempat menarik & harus di kunjungi, kawasan
membeli belah,
hotel-hotel, kereta untuk di sewa dan pelbagai lg.
Layari di
http://langkawi2u.blogspot.com
•
Blog
memberi penyedaran tentang bahaya merokok, kesan,
penyakit dari aktiviti merokok, tips berhenti merokok,
langkah2 pencegahan. layari di
http://smoking2u.blogspot.com
Kemudahan carian
Malaysia Group
BLOG sajak, puisi, pantun, syair, petua,
tip, zodiak, horoskop, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan
kelahiran
salam =)
well, putus cinta atau kecewa dalam hidup baik dari segi apa skalipun (kerjaya,cinta,exam,rumahtangga)...semuanya cukup pahit dan sakit utk dilalui...tp biar sakit cemanapun hidup mesti diteruskan..memang payah utk dilupakan tp kite kena ingat setiap dugaan yg kita terima pasti ada sebab musababnya..Allah sentiasa menguji kita dan Allah lebig mengetahui sisebalik ujian yg kita terima itu..yakini Allah sentiasa memberi yg terbaik utk hambanya... =)