02 Ogos, 2010

Tip Batik Sutera

a. Tips Cara Membasuh Batik Sutera:

1. Cuci batik dengan syampu @ sabun pencuci khas dengan menggosok perlahan-lahan. (Elakkan menggunakan serbuk pencuci biasa & jangan sekali-kali menggunakan mesin basuh untuk membasuh @ mengering kain batik sutera)

2. Bilas dengan air bersih, elakkan memerah. (Seelok-eloknya air suam-suam kuku shj)

3. Celup ke dalam pelembut kain, elakkan merendam @ memerah.

4. Sidai batik di tempat teduh, elakkan menjemur terus di bawah sinaran terik matahari. (Jika boleh, tarik hujung kain supaya lajur kain batik berada dalam keadaan yg betul)

5. Sterika dengan suhu rendah sebelum kain betul-betul kering, ini bagi menyenangkan kerja menggosok. (laraskan suhu sterika ke bhg. silk & elakkan menggunakan suhu yg tinggi)

6. Gantung batik sutera menggunakan penyakut baju & simpan di dlm sarung plastik . Elakkan drp melipat batik sutera, ini bagi mengelakkan kesan lipatan jika terlalu lama disimpan.

7. Selain drp petua di atas, antara langkah terbaik untuk menjaga qualiti batik sutera adalah dengan cara "Dry Cleaning".

b. Tips sebelum menjahit batik sutera:

1. Untuk mendapat ukuran baju yg sepadan, seelok-eloknya kain batik sutera terutamanya daripada jenis crepe @ chiffon hendaklah disterika terlebih dahulu sebelum dipotong kainnya.

1 ulasan:

  1. Waw, Bagus blog nie.. banyak petua n panduan menarik boleh dikongsi bersama2x. Mungkin saya akan mencuba petua2 berguna ini pada masa hadapan :)

    Keep your good work!

    BalasPadam