20 Julai, 2009

Puisi Citra kasih di Penulisan2u

Arrisa_Nazuha@Mzrisa

Tika mula kita bersua,
Senyuman manis kau menyapa aku,
Dengan ucapan hai Arrisa_Nazuha,
selamat datang ke Penulisan2u.

Semusim ini...kita semua bermesra,
Menjalin ikatan kasih antara kita,
Sedar tak sedar masa berlalu...
di ulit berbagai kisah tanpa kita sedari,
namun apa yang pasti...aku mulai merasa sayang.

Perkenalan itu sebuah cerita,
Sukar untuk di bicarakan,
Namun mudah untuk dimengertikan ,
kerana aku mula merasa rindu,
pada tempat bernama Penulisan2u.

Mama ku sayang...
Istilah itu sungguh berharga,
buat dirimu yang aku kasihi,
biarpun hanya di alam maya,
namun kau tetap ku ingati.

Papa ku hormati..
hadirmu penyeri Mama kami,
namun hanya seketika..
kemesraan mu mengulit satu kisah,
satu nama..Papa...adalah Papa.

Teman-temanku...
hadir semuanya tanpa di pinta,
sayang tanpa diundang.
Ironinya...
bila tiada bersama...
aku mulai rindu pada semua..
kerana tanpa kawan-kawanku,
aku merasa sungguh sunyi..
hadirnya kalian...bererti untukku.

Dia...adalahDia...
Dia sebuah rasa...
Dia sebuah citra kisah bermula,
Namun hadirnya,
memberiku satu cahaya,
mewarnai hidupku seperti pelangi.
Dia jauh namun dekat di hatiku...
namun ku tahu dia tetap menyayangiku,
biar masanya bukan untukku.

Jika semua ini bermula,
Ku harap jangan ianya berakhir,
aku tidak perlu pada perpisahan,
tapi aku inginkan satu ikatan,
Persahabatan yang IKHLAS antara kita semua.

Sayang, Ceria, dan Mesra Selalu.

Nukilan :Arrisa_Nazuha@Mzrisa.
19.7.2009

1 ulasan:

  1. Sesuai betul puisi ni kalau digunakan dlm video kahwin. Cuma tak tau sapa yg bole baca puisi mcm ni dgn suara yg lunak. Sy sebagai salah seorg pembikin video kahwin rasa best ada blog macam ni. Hope dpt share knowledge bersama.

    Dari,
    ividkahwin.tk

    BalasPadam